Wall’s melafazkannya dengan stail Cornetto!
Wall’s Cornetto baru-baru ini menyebarkan persahabatan, cinta dan aiskrim melalui satu inisiatif yang Budiey rasa agak menarik iaitu, memberikan 100 ribu aiskrim kon Wall’s Cornetto kepada peminat-peminat dalam tiga bandar-bandar utama serentak dari Kuala Lumpur, Johor hingga ke Pulau Pinang pada 26hb Februari 2011.
Pengiraan ke detik pelancaran 12.00 tengahari menambah jangkaan semasa peminat aiskrim beratur dengan setia menunggu giliran untuk mendapatkan aiskrim mereka.
Satu kejutan khas pula telah diaturkan untuk peminat setia Cornetto yang tidak menyangka Stacy, duta jenama baru Wall’s memeranjatkan semua dengan persembahan yang mengujakan dengan lagu Jahatnya Cinta untuk didendangkan kepada hadirin semua.
Di situ, hadirin bersorak dengan kegembiraan apabila lelaki rawak dari barisan menyertai persembahan dan menyanyi bahagian duet Akim. Jejaka-jejaka kemudian mendendangkan lagu tersebut kepada kesayangan mereka yang teruja dengan persembahan yang romantis itu.
Satu acara menarik yang penuh dangan cinta, persahabatan dan aiskrim, Wall’s telahpun melafazkannya dengan stail Cornetto!
Latar belakang WALL’S
Wall’s adalah antara jenama ais krim terulung di Malaysia sejak 42 tahun yang lalu. Wall’s adalah satu jenama syarikat multinasional terkemuka Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd. Unilever adalah peneraju dunia dalam industri ais krim dan telah melancarkan beberapa produk ais krim yang berjaya dalam tahun-tahun yang lepas. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuklah Selection, Cornetto, Magnum, rangkaian Paddle Pop dan Minis.