Menurut Stacy, petugas itu dengan sengaja berniat untuk memalukan dia bersama suami yang juga penyanyi Akim Ahmad yang ketika itu sibuk menguruskan dua anak mereka untuk masuk ke taman itu. Haaa, apa dah jadi ni? Takkanlah pekerja tu tak kenal yang dilayan tu sebenarnya seorang selebriti?
“Ingatkan saya seorang saja yang kena, rupanya suami pun sama. Kami penat urus anak yang meragam boleh pula kakitangan di situ ‘menganjing’ depan-depan.
“Saya tak kisah kalau tak kenal kami tapi janganlah sampai memperlekehkan. Maaf ya kami datang bukan untuk minta dikenali atau dengar perbualan sinis itu.
“Perlu ke nak mengumpat sampai terjerit-jerit hingga kami dengar apa yang diperkatakan?”
– Instagram Stacy Anam
Menurut Stacy, sebagai pekerja mereka seharusnya berkelakuan baik dan menghormati pengunjung yang datang.
“Kamu ingat kami binatang yang membawa anak-anak. Kami tak nak apa-apa, cuma jangan terbawa-bawa sikap kurang ajar ke tempat kerja.
“Yang datang bukan masuk percuma. Jadi tolong jaga bahasa dan tingkah laku. Harap-harap ada ganjaran besar menanti kamu atas tindakan dibuat itu,”
– Stacy
Semoga dengan apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran buat semua. Terutama sekali staff atau pelayan. Orang kata, budi bahasa amalan kita. Jadi, bersopan santun la semasa melayan pelanggan.