in

RTM Ulang Siar SRENGENGE Telefilem Terbaik Anugerah Telenovela 2018

Telefilem “Srengenge” adaptasi novel karya sasterawan negara, Shanon Ahmad yang telah disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu berjaya menggodol tiga kategori dalam Anugerah Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC), bulan lalu.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut, telefilem ini mengungguli tiga kategori terbaik iaitu Telefilem Terbaik, Pengarah Telefilem Terbaik (Mahuddin Ibrahim) dan Penulis Skrip Telefilem Terbaik (Wan Mahani Wan Hassan).

poster Srengenge1

Justeru sebagai penghargaan, RTM mengulang siar telefilem menampilkan lakonan mantap pelakon hebat tanah air seperti Eman Manan, Shahrolnizam, Fadilah Mansor, Jasmin Hamid dan Fathil Dani ini pada 5 Ogos ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.

Bertemakan konflik masyarakat di sebuah kampung di kaki bukit di mana Awang Cik Teh sangat optimis untuk memugar bukit kerana mahu di jadikan tapak penanaman padi huma, telefilem ini juga menonjolkan masyarakat di kampung di kaki bukit yang tidak bersatu hati.

Ikuti perjalanan kisah yang memaparkan tentang orang-orang kampung di Kedah yang menghadapi sebuah bukit yang di katakan berpuaka, Bukit Srengenge. Ia menimbulkan konflik manusia.

Awang Cik Teh sangat optimis untuk memugar bukit kerana mahu di jadikan tapak penanaman padi huma. Bukanlah mustahil sama seperti melenyapkan kemiskinan yang menyelubungi penghuni kampung.

Namun hasrat Awang Cik Teh itu ditentang habis-habisan oleh orang kampung seperti Imam Hamad, Diah, Sidik, Useng, Kaseng Saad Che Lah yang menganggap Bukit Srengenge adalah punca rezeki mereka sedangkan hendak di runtuhkan Awang Cik Teh sebagai orang luar.

babak dalam Srengenge

Pemimpin kampung iaitu Imam Hamad adalah juara meracik tekukur. Bagi Siddik, Awang Cik Teh lebih layak menjadi Imam walau pun dia tua dan orang tidak suka. Akhirnya Imam Hamad setuju dengan hasrat Awang Cik Teh namun sesudah ketiadaan denak, Imam Hamad jatuh sakit.

Imam Hamad di katakan ‘tertegur’ makhluk ghaib penunggu Bukit Srengenge. Useng yang dikatakan memiliki jin Islam di panggil untuk mengubatinya lalu berdukun dan berjamu. Akhirnya Imam Hamad meninggal yang menebalkan lagi azam Awang Cik Teh yang mempunyai sifat daya tahan yang tinggi untuk terus memugar Bukit Srengenge menjadi tempat perhumaan padi. Dengan muafakat dan bijaksana Awang Cik Teh cuba menrealisasikan cita-citanya itu. Namun adakah usahanya berhasil?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iflix Kini Berwajah Baru, Ada Content Percuma Untuk Korang

Perjalanan Terhenti Buat Da’i Danial & Da’i Syazwani