Apa tidaknya, dengan tontonan menjangkau angka 100 juta dan disiarkan di 94 buah negara, Netflix dikatakan berjaya memungut lebih kurang $900 juta melalui langganan.
Terbaru, saluran YouTube popular MrBeast tampil menghasilkan Squid Game dunia sebenar dengan melibatkan seramai 456 orang peserta, jumlah sama seperti siri itu. Kesemuanya ditiru bulat-bulat, dari pakaian, permainan hinggalah kepada latar belakang yang mirip seperti drama Korea Selatan itu.
Namun begitu yang membezakan Squid Game dari MrBeast ini dengan siri Netflix itu adalah permainan akhir dimana ia digantikan dengan ‘rebut kerusi’ dan peserta yang tewas tidak terkorban. Peserta yang berjaya memenangi setiap permainan membawa pulang wang tunai berjumlah $450,000, hampir RM2 juta mengikut pertukaran matawang asing semasa.