in

SPRM Perangi Rasuah Dalam Drama Churam

Sebuah lagi kerjasama SPRM/RTM dalam menerbitkan naskah aksi dalam menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah bakal disiarkan mengisi slot popular, Citra di TV2 pada 16 Disember ini, pukul 10.00 malam.

Drama bertajuk “Churam” ini berkisar tentang ketangkasan Pegawai SPRM menunjukkan komitmen mereka ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas dalam menjalankan tugas memerangi rasuah.

Diterbitkan Kamaruddin Ambak, Unit Drama TV RTM, ia menampilkan pelakon Azhan Rani (Saiful Bahri), Sharifah Anis Al-Idrus (Raudhah), Idris Mat Diah (Datuk Rizwan) dan Adam Corrie (Datuk Steven). Juga turut dibantu oleh Zaidi Omar (Tuan Kamarudin), Bustamam Harun (Uncle Bob), Ruminah Sidik (Mak Mah), Rashidah Jaafar (Datin Maznah), Talhah Harith – Zain dan Jay Iswazir (Arif).

Latar kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak utama Saiful sebagai akauntan di sebuah syarikat besar milik Dato Rizwan. Di sebalik tugas sebagai akauntan, dia merupakan penyiasat rahsia (undercover) SPRM yang cuba membongkar rahsia besar di sebalik pembunuhan Tasya yang merupakan rakan kerjanya di syarikat Dato Rizwan.

Tetapi tanpa pengetahuan Saiful, pelbagai konflik kewangan yang mencurigakan dapat dikesan dalam setiap pengurusan kewangan syarikat Tasya yang juga merupakan informer SPRM.

Namun kedua-dua individu penting dalam syarikat Dato Rizwan ini tidak mendedahkan identiti masing-masing berikutan terikat dengan penyiasatan yang sedang dijalankan.

Di sebalik perniagaan syarikat Dato Rizwan terselindung kegiatan haram dan penyelewangan duit melibatkan jutaan ringgit yang didalangi oleh seorang taikun besar iaitu, Datuk Steven. Pembunuhan Tasya dan penculikkan Saiful oleh orang-orang Datuk Steven iaitu Taek Khoon dan Ah Sang memberi konflik besar dalam penyiasatan SPRM yang diketuai oleh pegawai penyiasat Zain dan Arif untuk mencari bukti penglibatan pemilik syarikat.

Bukti-bukti ini telah hilang berikutan pembunuhan Tasya melenyapkan beberapa bukti yang kukuh, namun tanpa disedari terdapat salinan terhadap kegiatan transaksi kewangan yang telah ditinggalkan Tasya sebelum dibunuh.

Bukti tersebut membawa kepada penyelesaian kes. Raudhah adalah isteri kepada Saiful juga tidak mengetahui tentang status suaminya seorang penyiasat rahsia SPRM.

Adakah kes berprofil tinggi ini dapat diselesaikan atas penemuan bukti dan penangkapan taikun besar dan konco-konco membawa kepada penyelesaian kes penyelewangan jutaan ringgit? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qunci Villas Lombok Kunci Percutian Sempurna

KRU & Zizan Razak Bergabung Demi ADIWIRA Cicakman 3