SPOTV memulakan tahun baru dengan membawakan yang terbaik dari sukan dan hiburan dan menawarkan peminat sukan dua minggu konten premium secara percuma di aplikasi strimingnya, SPOTV NOW apabila mereka mendaftar dari 16-29 Januari 2023.
Percubaan percuma akan membenarkan pelanggan biasa untuk menikmati konten premium seperti konten secara langsung on demand dan strim secara langsung Formula E, termasuk memonton kontent on-demand dimana-mana dan pada bila-bila masa.
Antara acara sukan yang akan berlangsung pada Januari yang boleh disaksikan secara percuma dengan percubaan percuma adalah perlumbaan Formula E World Championshops di Diriyah, Arab Saudi dan Hyderabad, India, dan juga boleh terus strim All Elite Wrestling (AEW). Siaran AEW dapat ditonton setiap Khamis, 6 petang (Dynamite) dan setiap Sabtu jam 6 petang (Rampage).
Para pelanggan kemudian boleh memilih untuk melanggan akaun premium selepas tapat percubaan percuma pada harga hanya RM8.90/sebulan.
SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa penonton lebih dekat kepada acara sukan terhebat dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga kandungan belakang tabir serta liputan di lokasi di laman media sosial @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok and Twitter.
SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV boleh ditonton di 8 negara (Indonesia, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan kawasan Asia Timur terpilih seperti Macau dan Mongolia)
*Nota: Jika pelanggan mendaftar pada 29 Januari, hari terakhir percubaan percuma mereka adalah pada 11 Februari (Formula E Hyderabad)
TENTANG SPOTV
SPOTV adalah anak syarikat Eclat Media Group dari Korea Selatan. Sebagai anak syarikat Asia Tenggara, ia didaftarkan dan bertempat di Singapura sejak Oktober 2021. Kumpulan ini memiliki saluran sukan Nombor Satu di Korea Selatan, SPOTV, dan juga memiliki perniagaan yang lain seperti media cetak, periklanan dan perhubungan awam. SPOTV adalah pemilik dua saluran sukan, SPOTV dan SPOTV 2, dan kini bersiaran di serata Asia Tenggara dan Asia Timur terpillih seperti Malaysia (Astro, Unifi TV), Filipina (Cignal, Skycable), Singapura (Singtel TV, StarHub TV), Thailand (TrueVisions), dan negara terpilih Asia Timur seperti Macau (Macau Cable TV), dan Mongolia (Univision).
SPOTV NOW (aplikasi mobil) boleh didaptkan di Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan negara lain akan datang. Dengan membawakan kandungan sukan dan mencapai liputan penyokong yang lebih luas, penyokong tegar sukan boleh menyaksikan acara sukan secara langsung, on-demand dan kandungan ekslusif di SPOTV NOW di mana-manan dan bila- bila masa sahaja.
SPOTV menyiarkan acara sukan terkenal seperti MotoGPTM, Wimbledon, US Open (tenis), The Masters, The Open Championships, World Table Tennis, Badminton World Federation Events dan juga sukan popular di Asia termasuk Korean Baseball League (KBO) dan pertandingan V.League Japan.
SPOTV juga ingin menjadi satu platform yang inklusif dan dinamik yang terus melibatkan peminat sukan di Asia.
www.spotvasia.com www.spotvnow.com