Kembali atas permintaan ramai! Spotify bakal menghiasi musim cuti kali ini dengan memperkenalkan semula tawaran tempoh terhad sempena musim cuti untuk pengguna baharu dan sedia ada, membolehkan pencinta muzik untuk menikmati jutaan lagu berdasarkan permintaan, tanpa iklan dan dilengkapi audio yang berkualiti tinggi.
Spotify Premium sedia membantu anda temui lagu musim cuti pilihan anda.
Sama ada anda mahu menghangatkan lagi sambutan musim cuti dengan lagu-lagu serta artis-artis terbaharu, menggamatkan lagi sambutan Tahun Baru dengan barisan senarai lagu yang disusun mengikut kegemaran anda, atau bersantai sambil menstrim podcast terkini, promosi Premium ini memberi peluang kepada anda untuk menikmati sepenuhnya muzik serta kandungan kegemaran anda pada musim perayaan ini.
Pengguna Spotify Premium kali pertama boleh menerima langganan selama tiga bulan pada harga RM2 sahaja. Lihat syarat penuh di sini.
Pengguna Spotify Premium yang membatalkan akaun Premium mereka sebelum 16 Oktober 2018 pula boleh menerima langganan selama tiga bulan pada harga langganan satu bulan sahaja: RM14.90. Lihat syarat penuh di sini.
Tawaran tempoh terhad ini sah untuk mereka yang mendaftar antara 16 November hingga 31 Disember 2018.
Untuk melanggan Spotify Premium, sila layari: spotify.com/premium
Selamat mendengar!