Senarai lagu yang dikongsikan di dalam playlist ini menggambarkan artis-artis ‘most discovered’ (yang paling banyak diterokai) di Malaysia. Insomniacks, kumpulan indie dari Malaysia yang mempunyai 4 orang ahli, Andi Bernadee, salah seorang pemuzik yang semakin meningkat naik di Malaysia dan Chvrches, kumpulan pop elektronik berasal dari Glasgow, Scotland adalah antara nama-nama baru industri muzik yang berjaya diterokai oleh peminat-peminat muda.
Spotify membolehkan lebih 11 bilion artis berjaya diterokai setiap bulan oleh pendengar-pendengar di peringkat global
Spotify membolehkan lebih 11 bilion artis berjaya diterokai setiap bulan. Para pendengar kami sentiasa ingin tahu dan bersikap terbuka untuk memperluaskan citarasa muzik mereka.
Tanyalah pada pendengar-pendengar Spotify berusia 18 sehingga 24 tahun; baru-baru ini kami mendapati bahawa pendengar dalam kumpulan umur ini mempunyai citarasa muzik yang unik dan tidak dapat dijangka.
“Tidak kira masa, tempat ataupun mood – Spotify menawarkan lebih banyak dari sekadar akses segera ke dunia muzik.
Sebagai platform melanggan penstriman muzik yang paling popular di serata dunia dengan lebih dari 50 juta senarai lagu, kedua-dua pendengar muzik secara percuma mahupun yang melanggani Spotify telah menerokai lebih banyak muzik melalui pengalaman yang dikhaskan untuk setiap individu.
Samada muzik yang disesuaikan mahupun yang direka khas seperti Discover Weekly dan Top Hits Malaysia telah membantu peminat untuk mencari muzik yang mereka suka.
Di samping itu, ianya juga memberikan peluang untuk menerokai muzik dan artis baru,”
– Jan-Paul Jeffrey, Ketua Pemasaran, Asia Tenggara, Spotify.
Para peminat boleh mencari artis kegemaran mereka yang seterusnya di Spotify, yang penuh dengan senarai artis-artis baru, lagu-lagu dan genre untuk diterokai.
Di Asia, Gen Z dilihat lebih meminati muzik-muzik popular K-Pop dan mendengar beberapa kumpulan baru K-Pop seperti ITZYdan Artis Paparan Early Noise Spotify 2019 – TOMORROW X TOGETHER yang turut boleh didapati dalam senarai artis ‘most discovered’ (yang paling banyak diterokai) di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Thailand.
Manakala di Malaysia, para pendengar muda di Spotify kini menerokai pelbagai genre muzik tanpa batasan.
Citarasa muzik mereka yang unik ini turut memperkenalkan mereka dengan pemuzik-pemuzik antarabangsa seperti Chvrches, kumpulan pop dari Scotland yang mana muziknya amat dipengaruhi oleh alunan muzik daripada tahun 80-an; dan K-391, pemuzik dari Norway.
Pada masa yang sama, mereka kini lebih mendengar lagu-lagu tempatan dan berjaya menerokai pemuzik handalan seperti Hafiz Suip, yang dikenali selepas kemenangannya dalam satu rancangan realiti nyanyian pada tahun 2009; Andi Bernadee dan Imsoniacks. Ketiga-tiga artis ini turut mengungguli carta playlist Malaysia’s Top 50di Spotify.Â
Berikut merupakan 10 artis ‘most discovered’ (yang paling banyak diterokai) di Malaysia yang telah didengarkan (dimainkan buat kali pertama) oleh pendengar dalam lingkungan umur 18-24 tahun sejak 60 hari yang lalu:
- ITZY
- TOMORROW x TOGETHER (TXT)
- Chvrches
- Wahyu Selow
- Hwa Sa
- Hafiz Suip
- Andi Bernadee
- Normani
- K-391
- Insomniacks
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai artis yang ingin diterokai oleh para pendengar Gen Z, strim playlist Malaysia Discovers.Â
Mengenai Spotify
Spotify telah mengubah cara pengguna mendengar muzik selamanya apabila kami dilancarkan pada 2008.
Misi kami ialah mencungkil bakat kreativiti manusia dengan memberikan peluang kepada berjuta artis kreatif untuk mempersembahkan karya seni mereka serta peluang kepada berbilion peminat untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripada para pencipta berkenaan. Apa yang kami lakukan didorong oleh rasa cinta kami terhadap muzik.
Terokai, urus dan kongsi lebih 50 juta lagu secara percuma, atau naik taraf kepada Spotify Premium bagi mendapatkan akses kepada ciri-ciri eksklusif termasuk mod luar talian, kualiti bunyi yang dipertingkatkan, Spotify Connect dan mendengar tanpa iklan.
Hari ini, kami merupakan penyedia perkhidmatan langganan muzik striming terbesar di dunia dengan komuniti melebihi 217 juta pengguna, termasuk lebih 100 juta pelanggan Spotify Premium, merentasi 79 negara.