in

Seharian Berjimba Main Air di SPLASH WORLD My Town Park

Tercari-cari tempat untuk berseronok bersama anak-anak dan kawan-kawan, Budiey nak cadangkan untuk korang satu lokasi yang cukup menyeronokan dengan bayaran berpatutan. Splash World di My Town Park KL dibuka bermula sekarang sehingga 17 Februari 2019 dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Pada 22 November lalu, Budiey telah bersantai sambil main air di Launch Party SPLASH WORLD MALAYSIA yang terletak di My Town Park, Kuala Lumpur. Sekali sekala main air di kota raya Kuala Lumpur ni, seronok juga. Boleh hilang stress dan tekanan kerja. Chills!

Splash World Malaysia

Untuk info pembaca, Splash World adalah salah satu taman air buatan boleh pindah alih gergasi pertama di Malaysia. Terletak di kawasan pusat membeli belah terkemuka, My Town… ia merupakan salah satu kolam renang boleh pindah alih yang terbesar di tanah seluas 2,500 kaki persegi, dan salah satu slaid kembung menara air tertinggi kira-kira 9 meter. 

Tonton VLOG GILA TRAVEL: Jom Berjimba di SPLASH WORLD My Town Park

Taman air ini dibina sempena dengan cuti sekolah bagi membawa keseronokan yang menyeronokkan untuk anda sekeluarga.

Semasa berjimba di Taman air mini ini juga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lain termasuk terapung kreatif, perlawanan bola air, serta macam macam permainan. 

Kalau anda rasa lapar dan dahaga, jangan risau. Tak payah la nak masuk ke My Town untuk makan. Sebab ada food truck dan booth menjual makanan juga turut disediakan di dalam Splash World.

Splash World Malaysia

Taman ini mempunyai tarikan seperti Octopus World dengan slaid dan kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Splash World Malaysia

Selain Giant Whale Slides, terdapat juga Water Football Court, sebuah gelanggang bola sepak mini dalam air, sesuai untuk kanak-kanak dan aktiviti keseronokan lain.

Kepada anda yang mencari lokasi bersantai bersama famili di musim percutiaan ini, bolehlah datang ke Splash World di My Town Park KL. Pesta air ini bermula sekarang sehingga 17 Februari 2019. Dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Follow @splashworldmalaysia

Splash World Malaysia

Splash World Malaysia

Splash World Malaysia

Splash World Malaysia

Splash World Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie-Goers Lace Up for GSC’s 2nd Popcorn Walk

Altimet Bersara, Adakah Zamani Bakal Ganti Altimet di AJL 33?