Perkara tersebut dimaklumkan oleh sahabat Irma, Reen Emran menerusi satu pautan di Instagram Story (IGs) miliknya, sebentar tadi.
“Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).
“Untuk pengetahuan.. Mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas,” tulisnya.
Jelasnya lagi, meskipun berdepan dugaan cerai, namun keadaan Irma dan kedua-dua anaknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja
“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya.
“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja.
“Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah,” katanya lagi.
Di akhir status tersebut, sahabat selebriti itu memohon doa orang ramai untuk mempermudahkan segala urusan Irma untuk mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
“InshaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya.
“Terima kasih semua…,” tulisnya.
Sebelum ini, bekas suami Irma, Redza berkongsi sebuah foto pernikahan bersama pilihan hatinya di Instagram sehingga dikritik ramai pihak.
Sebelum ini, Irma pernah berkongsi pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.
Perkahwinannya bersama Redza didakwa bergolak selepas masing-masing sudah lama tidak berkongsi foto bersama di media sosial.
Bukan itu sahaja, sumber mendakwa mereka juga sudah tidak tinggal sebumbung.