Disokong oleh MyCreative Ventures dengan kerjasama rakan penaja utama, CIMB Bank dan Yayasan CIMB, konsert ini diterbitkan oleh AfroZapin Network, sebuah produksi milik Datuk Zainalabidin.
Auditorium Pentas 1 dipenuhi penonton dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk hampir 300 pelajar dari Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya, dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti UCSI dan Universiti Limkokwing.
Datuk Zainalabidin telah menghiburkan penonton-penonton dengan sepuluh buah lagu, antaranya Bongkar, Damai, Sabar, Manis, Khayalan, Hijau dan lagu terbaharunya “Tiba Masa”, sebelum menutup persembahan dengan menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh. Persembahan beliau telahdiselingi dengan perkongsian kisah-kisah mengenai pengalaman dan perjalanan kerjayanya dalam bidang seni.
Turut bersama beliau di atas pentas untuk berkongsi pengalaman mereka dalam industri hiburan adalah Sunil Kumar, jurutera bunyi yang berjaya, seorang pemain perkusi ulung, Steve Thorton, dan maestro muzik Michael Veerapen.
Turut memeriahkan persembahan pada malam itu adalan persembahan menarik oleh Pija Yasin, pemenang program ‘Mentor’ TV3, dan One Juicy, salah seorang penari B-Boy terbaik Asia dan juara program realiti ‘The Band’ Astro Ria, keduanya yang merupakan anak didikan Datuk Zainalabidin.
Acara ini berjaya dilaksanakan dengan sokongan dari MyCreative Ventures dan sokongan daripada CIMB Bank dan Yayasan. Syabas buat Datuk Zainalabidin dan AfroZapin Network, sekali lagi meninggalkan kesan mendalam dalam landskap budaya dan seni muzik tanahair dengan Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound.
Terlepas keajaiban Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound ? Usah khuatir! Hidupkan semula pesona malam penuh bersejarah ini dengan menerokai gambar dan video eksklusif yang telah dirakam.
Nikmatilah pengalaman luar biasa, saksikan persembahan penuh bertenaga, serta kongsikan dengan komuniti dalam talian tentang sambutan kesenian ini. Jangan sekadar mendengar tentangnya; tonton dan rasai sendiri keajaibannya!