in

Sosilawati Lawiya Nouvelles Visages Dakwa Nash Keluar RM400 Ribu

Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Sosilawati Lawiya, 43, membuat laporan polis mendakwa suaminya, vokalis Lefthanded, Jamaludin Elias atau Nash, 47, mengeluarkan wang tunai miliknya berjumlah RM400,000 tanpa persetujuannya.

Ahli perniagaan terbabit yang mempunyai beberapa syarikat, termasuk pengedar kereta mewah import mendakwa dia terpaksa membuat laporan polis berikutan Nash dikatakan enggan memulangkan wang berkenaan selepas perbincangan dilakukan.

Laporan polis itu sebahagian rentetan krisis rumah tangga pasangan itu yang melangsungkan perkahwinan mereka dengan penuh gemilang kira-kira 10 bulan lalu.

Terbaru, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam membenarkan permohonan Sosilawati mendapatkan perintah interim secara ex-parte (sebelah pihak) untuk membekukan dan atau menghalang sebarang urusan pemindahan berkaitan hartanya yang bernilai hampir RM1 juta. – Harian Metro

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Sosilawati Lawiya, 44, isteri Nash untuk mendapat injunksi ex parte (sebelah) bagi menghalang penyanyi itu membuat transaksi atau pindah milik melibatkan amanah saham dan hartanah bernilai RM880,000.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Shaarani Ismail setelah mendengar secara tertutup afidavit permohonan interim (sementara) di kamar beliau hari ini.

Sosilawati yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visage mengemukakan permohonan tersebut apabila mendakwa perkahwinannya dengan Nash atau nama penuhnya, Jamaludin Elias, 48, selama 10 bulan itu berada dalam syiqaq (pertikaian) sehingga tiada jalan penyelesaian kecuali melalui penceraian.

Berdasarkan permohonannya, dia mendakwa Nash (responden) tidak pulang ke rumahnya di No. Lot 9933, Jalan Harmoni, Taman Harmoni, Gombak sejak 13 Ogos lalu. Responden juga dikatakan berkali-kali meluahkan hasrat untuk menceraikannya selepas Aidilfitri ini.Sehubungan itu, Sosilawati telah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur pada 18 September lalu.

Sosilawati memohon injunksi untuk menghalang Nash, wakil atau keluarganya daripada membuat transaksi atau pindah milik Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW) yang masing-masing bernilai RM200,000 yang diletakkan atas nama responden.

Beliau juga menuntut supaya Nash membayar semula wang sebanyak RM480,000 yang dipinjamkan olehnya untuk bayaran hartanah di alamat No. 28, Jalan Turmalin 4, 7/12D, Seksyen 7, di sini yang telah dilelong oleh bank akibat kegagalannya melangsaikan baki pinjaman tersebut. Sosilawati turut mengemukakan beberapa alasan lain di dalam permohonan tersebut yang memaksanya mengemukakan injunksi dan memfail tuntutan cerai. – Utusan Malaysia

[tags]Sosilawati Lawiya, pengasas Nouvelles Visages, produk Nouvelles Visages, biodata nash, gambar nash, gambar isteri nash, gambar Sosilawati Lawiya, afidavit permohonan interim, Nash Keluar RM400 Ribu, nash bercerai, nash cerai, perceraian nash, kisah nash bercerai, berita nash bercerai, artis popular bercerai, Amanah Saham Wawasan, rujuk kahwin artis, WebKL.Net, harta Sosilawati Lawiya, biodata Sosilawati Lawiya, profile Sosilawati Lawiya, perintah injuksi, injunksi, gambar anak Sosilawati Lawiya, kisah mahkamah, kes mahkamah, kisah hantu, Sosilawati Lawiya, pengasas Nouvelles Visages, Mahkamah Rendah Syariah, produk Nouvelles Visages, biodata nash, gambar nash, gambar isteri nash, gambar Sosilawati Lawiya[tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bazar Ramadan Untuk Juadah Berbuka Sekitar KL

Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi