in , ,

Sophia Liana Muncul Dengan Wangian SophiaShals Aloe Vera Gel

Tidak malu untuk bermula dari bawah, ketika ini fokus utamanya adalah untuk mempunyai empayar perniagaan. Kongsi anggota De Fam, Sophia Liana, 31, walaupun tahu ini bukan satu usaha yang mudah namun dia yakin kerja keras adalah faktor utama kejayaan seseorang.

Mengambil peluang memulakan langkah dalam bidang perniagaan dengan menjalinkan kerjasama bersama Nori Malaysia Sdn Bhd jelas Sophia ini adalah permulaan yang baik buat dirinya.

Memilih untuk muncul dengan wangian SophiaShals Aloe Vera Gel, jelas Sophia walaupun jenama ini menggabungkan dia dengan Shalma Aina namun dirinya tetap bangga dengan hasil sepanjang setahun produk ini dipasaran.

“Memang menjadi impian saya untuk terbabit dalam bidang perniagaan, jadi apabila diberi peluang oleh pihak Nori Malaysia untuk menghasilkan wangian bersama Shalma saya tidak mengambil masa lama untuk bersetuju.

“Bagi saya ini juga adalah langkah awal untuk melangkah lebih jauh. Jika saya berjaya dengan produk SophiaShals bukan sesuatu yang mustahil untuk saya muncul dengan wangian di bawah jenama saya sendiri suatu hari nanti,” katanya.

Menolak tidak yakin diri untuk muncul dengan wangian menggunakan namanya sendiri, bagi Sophia dia sentiasa meletakkan ilmu sebagai asas dalam setiap keputusan. Malah berkesempatan untuk memulakan perniagaan ini dengan rakan baiknya juga adalah satu kelebihan buat dirinya.

“Banyak yang saya belajar sepanjang memperkenalkan produk SophiaShals ini. Sebagai seorang yang baru dalam dunia perniagaan saya tidak terkecuali membuat semua keputusan bersama Shalma. Dari pemilihan campuran wangian sehingga ke cara jualan.

“Bagi saya peluang yang diberikan pihak Nori Malaysia adalah sangat berguna. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman namun kepercayaan mereka membuatkan saya lebih yakin untuk memastikan SophiaShals menjadi antara jenama yang disegani suatu hari nanti,”jelasnya.

Bercakap mengenai SophiaShals, bagi penyanyi ini sebagai seorang yang aktif dia sentiasa mahukan wangian yang sesuai. Melihat golongan remaja sebagai sasaran utama untuk produknya ini jelas Sophia, apa yang lebih penting bagaimana wangian ini juga mampu milik.

“Ketika ini wangian ini mempunyai beberapa siri bauan berbeza Lavender, Seaweed, Rose dan Chamomile. Pilihan bauan ini dipilih untuk disesuaikan dengan remaja sebenarnya. Jadi sebagai seorang yang memang suka akan wangian saya tahu selalunya ada kekangan dari segi harga. Jadi di sini sebenarnya kekuatan SophiaShals adalah untuk memasarkan produk yang mampu milik tetapi mempunyai kualiti wangian antarabangsa.

“Selain itu juga selalunya bila gunakan wangian mahal akan rasa sayang untuk sembur ke seluruh badan. Dengan produk SophiaShals tidak perlu rasa begitu, boleh di sembur bila-bila masa paling penting harganya berbaloi,” katanya.

Tidak menolak pemasaran ada cabaran utama produk SophiaShals, kali ini Sophia bersyukur untuk mempunyai bantuan daripada pihak Nori Malaysia. Jelasnya walaupun produknya ini mendapat sambutan secara atas talian namun peluang untuk memasarkan SophiaShals di beberapa Aeon terpilih membuka ruang untuk dia memperkukuhkan jenama ini.

“Produk ini sudah setahun di pasaran, jadi sambutan agak baik. Tahun lalu bila PKP dilaksanakan jualan secara atas talian sedikit sebanyak memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk SophiaShals.

“Selepas ini produk SophiaShals juga boleh didapati di lapan Aeon di seluruh negara. Mengikut perancangan juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur,” katanya.

Sementara itu walaupun lebih dikenali sebagai penyanyi, Sophia memberitahu dia juga dalam usaha untuk melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Sudah mendapat beberapa tawaran, namun dalam memastikan dia mampu memberikan kualiti yang baik pada waktu ini ada pemilihan yang perlu di buat.

“Ada tawaran lakonan, jadi jangan terkejut kalau saya akan aktif dalam bidang lakonan. Cuma dalam memastikan mampu memberikan hasil lakonan yang baik saya tidak mahu terlalu tamak. Perlu ada persiapan yang rapi.

“Nyanyian pula memang saya teruskan seperti biasa. Persembahan juga ada, cuma dalam tempoh terdekat ini fokus saya adalah untuk menjayakan Korea Music Festival tidak lama lagi,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umar Uzair Teruja Sepentas Bersama Amelina

SPM PRO+

Astro Bekerjasama Dengan Barisan Tutor Terkemuka Untuk Siri Akademik SPM PRO+