Berbekalkan paras rupa yang jelita dan suara yang merdu, Sophia Fredskild memulakan langkah awalnya dalam arena seni suara Malaysia berbekalkan lagu pertamanya yang berjudul Menanti Cinta.
Lagu ciptaan Sophia Fredskild sendiri bersama dengan Shazee Ishak ini turut menyaksikan pembabitan SB Othman dan Sophia juga sebagai penulis lirik. Malah lagu ini seumpama pengenalan buat peminat muzik Malaysia yang mungkin baru tahu bahawa Sophia bukan sahaja mampu menyanyi tapi juga mencipta dan menulis lagu.
Selain itu, lagu ini juga mempunyai versi Inggeris dengan judul Waiting For Love yang juga dicipta dan ditulis oleh Sophia dan Shazee.
Menurut Sophia lagu ini tentang penantian pada seseorang yang sesuai dan sepadan untuk hadir ke dalam hidup, dan bersabar dalam menempuhi cubaan demi mencari dan menunggu cinta sejati.
Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Danish, Sophia akui yang dia sedang cuba memperbaiki dan menambah kefasihannya berbahasa Melayu. Baru sahaja berusia 20 tahun, gadis kacukan Melayu-Denmark ini memang sudah lama menyimpan impian untuk menceburi bidang seni sejak kecil lagi.
Maka tidak hairanlah sekiranya dia sudah mencipta lagu pertama pada umur 13 tahun dan pernah terbabit dalam banyak persembahan serta pementasan teater.
Sophia bakal muncul dengan lagu terbarunya tidak lama lagi yang juga akan diterbitkan dalam dua bahasa.
Untuk mengetahui perkembangan terbaru Sophia Fredskild, ikuti LAMAN WEB seperti berikut: www.sophiafredskild.com
Blessed with great looks and a beautiful voice to match, Sophia Fredskild takes her early step into the Malaysian entertainment arena with her debut Malay single called ‘Menanti Cinta’. Composed and written by Shazee Ishak, SB Othman and Fredskild herself, the song is an obvious introduction of Fredskild into the local scene as a talented singer and songwriter.
SOPHIA FREDSKILD IS STILL “WAITING FOR LOVE”
Her name may seem very new in the local music industry, but her talent is bound to steal the attention of those who appreciate quality showmanship.
The song also bears an English version called ‘Waiting For Love’ (also composed and written by Shazee and Fredskild).
According to Fredskild, the song is about waiting for the right person to come into your life, being patient about the trials that you face, and having the hope of finding true love.
Fluent in both English and Danish, Sophia admits that she is still working on improving the fluency of her Malay language. At only 20 years of age, the beautiful lass of Malay-Danish heritage has always harboured a dream of being part of the world of performing arts since she was very young.
Thus it is no surprise that she wrote her first song at the tender age of 13 and has been involved in several stage productions and performances.
Fredskild is set to release her next single very soon which will also be released in two languages.
To learn more of Sophia Fredskild’s updates follow her on her WEBSITE link below :www.sophiafredskild.com