Pelakon jelita Sophia Albarakbah akhirnya mengesahkan hubungan cintanya dengan kekasihnya dikenali sebagai Mr Doktor sudah pun berakhir.
Memetik Harian Metro, Sophia berkata perpisahan tersebut perit untuk dilalui apatah lagi sudah menjalin hubugan cinta dengan lelaki itu hampir dua tahun.
“Saya enggan ulas banyak soal perpisahan ini kerana kurang gemar berkongsi kehidupan peribadi kepada umum.
– Sophia Albarakbah
“Walaupun sudah berpisah, hubungan kami baik sebagai kawan. Selama ini saya susah rasa suka atau selesa dengan seseorang. Bila saya sayangkan seseorang itu, saya akan berikan sepenuh perhatian.
“Sebab itulah, saya dah tak mahu fikir soal cinta lagi selepas ini. Biarlah saya fokus dengan kerjaya seni saya sahaja,â€
Dalam pada itu, Sophia berkata dia tidak menyedari berat badannya semakin susut dan tidak menolak berpunca akibat putus cinta.
“Putus cinta pun salah satu faktor kerana saya kurang selera makan, tetapi mungkin sebab saya amalkan diet juga. Jujurnya saya pun tak perasan saya dah kurus sehinggalah ada kawan-kawan yang tegur,â€
– Sophia Albarakbah