in

Sonno Merevolusikan Peruncitan Tilam

sleepsonno.com, ditubuhkan di Malaysia pada November 2017 kini merubah cara rakyat negara ini membeli tilam dengan kemudahan ia dipakej dan dihantar di dalam kotak terus ke rumah. Para pelanggan berpeluang untuk menguji tilam tersebut selama 100 hari sejurus selepas pembelian sebelum `tidur’ dengan Sonno. Konsep perniagaan baharu ini merevolusikan industri tilam dan peruncitan dalam talian secara keseluruhannya.

Tilam ‘impian’ dalam kotak dihantar ke rumah anda hanya dengan Sonno

Tidur secara semula jadi merehatkan minda dan badan – seseorang meluangkan satu pertiga kehidupannya di atas tilam. Memahami kepentingan istirehat, Sonno yang merupakan istilah `tidur’ dalam bahasa Itali, memberikan pengguna sokongan tiada saingan daripada segi kemampatan tilam dengan keselesaan tinggi bantal sederhana keras. Kombinasi Sonno meliputi lapisan lima bitang diperbuat daripada latex asli dan getah berbusa memori yang membolehkan tilam menyediakan kontur dan menyokong keseluruhan badan.

Selain itu, Sonno mempunyai keupayaan menghapuskan pergerakan, menyediakan manfaat besar bagi pasangan yang memiliki tabiat tidur berbeza. Teknologi Pindahan Pergerakan (Motion Transfer Technology) memastikan jika seseorang bergerak banyak semasa tidur, orang sebelahnya akan tetap tidur dengan aman.

“Membeli tilam adalah suatu pengalaman yang remeh dan memakan masa,’’ kata pengasas Fabio Miceli, yang memulakan perniagaan e-dagang bagi membolehkan rakyat Malaysia mengurangkan proses yang cukup meletihkan itu. “Kami lihat ada peluang untuk menjadikan proses itu lebih mudah dengan menukarkannya kepada secara dalam talian. Bonus tambahan bagi percubaan 100 malam memberikan pelanggan kami masa yang secukupnya untuk membuat keputusan kritikal dan mengubah kehidupan itu,’’ tambah beliau.

Pasaran global bagi tilam diunjurkan tumbuh pada kadar yang bagus ke tahun 2022 dan mencecah AS$30.09 bilion menjelang 2020 berdasarkan kajian oleh Reciprocus International pada 2016. APAC menguasai bahagian terbesar pasaran dan ia juga dikenal pasti sebagai rantau dengan pertumbuhan tertinggi dan mengekalkan kedudukan penerajunya dalam beberapa tahun akan datang. Pada masa yang sama, kajian Google dan Temasek Research pada 2016 mendapati pasaran Asia Tenggara adalah rantau yang internet paling pesat membangun di dunia dengan pasaran e-dagang dijangka tumbuh 16x menjelang 2025, mencecah AS$88 bilion. Sonno sekadar menyambungkan titik-titik antara dua trend pasaran yang jelas itu.

“Secara tradisinya, pengguna cenderung memberi tilam daripada kedai-kedai biasa tilam. Namun, para pengguna semakin selesa membeli-belah secara dalam talian. Sonno berhasrat merubah industri tilam dan menarik minat pembeli muda yang lazimnya agak segan dengan jurujual, memilih tempahan secara dalam talian dan proses melalui teknologi kerana ia lebih mudah. Platform Sonno mencantas orang tengah untuk menurunkan harga dan memberikan para pelanggan keupayaan untuk membeli-belah dari rumah,’’ kata beliau.

Dapatkan tidur yang berkualiti di https://www.sleepsonno.com atau lawat halaman media sosial kami untuk maklumat tambahan di Facebook: https://www.facebook.com/sleepsonno/ dan Instagram: https://www.instagram.com/sleepsonno/.

Mengenai Sonno
Sonno adalah syarikat permulaan tilam secara dalam talian yang membolehkan pengguna membeli tilam berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Ia merangkumi penghantaran percuma, dihantar dalam bungkusan kotak, percubaan 100 hari, dan dipulangkan secara percuma. Direka di Itali bagi memastikan kualiti tertinggi, ia menjanjikan pengalaman beli-belah dalam talian terbaik dan keselesaan mutlak.

Misi Sonno ialah menjadikan kehidupan anda lebih baik, dan kehidupan baik bermula dengan tidur malam yang sempurna. Rehat yang secukupnya, tanpa gangguan memberikan anda tenaga yang diperlukan untuk mengharungi hari yang sibuk. Sonno adalah tilam untuk anda tidur secukupnya dan hidup lebih baik.

Mengenai Pengasas
Fabio Miceli adalah seorang pemasar dan usahawan yang memiliki pengalaman luas di Eropah dan Asia. Berkhidmat sebelum ini di Airbnb, beliau mengasaskan beberapa syarikat permulaan dengan jayanya termasuk Gigfairy, syarikat permulaan muzik Malaysia yang dibeli oleh Tune Studios & BAC Ventures, dan Socially, firma pemasaran digital yang dibeli oleh Done Communication Group.

 

Pengenalan
Sonno adalah konsep perniagaan baharu membawakan tilam di dalam kotak berkualiti pada harga mampu milik. Pembelian secara dalam talian, menghapuskan proses yang remeh di kedai-kedai biasa, menjadikan ia pengalaman yang amat mudah. Pelanggan boleh memilih tilam bersaiz single, queen dan king untuk dibeli dan dihantar terus ke rumah secara percuma.

Pengalaman Membuka Kotak
Tilam Sonno diperbuat daripada latex asli dan getah berbusa memori, dimampatkan dan diletakkan di dalam kotak untuk kemudahan penghantaran. Apabila tilam diterima, anda boleh membuka kotak, membuka ikatan tilam dan ia secara automatik terbuka, dan sedia untuk diguna.

Teknologi di sebalik tidur anda – Tiada gangguan orang sebelah
Terima kasih atas kombinasi bahan-bahan berkualiti tinggi, Sonno mempunyai keupayaan untuk menghapuskan pergerakan, memberikan manfaat besar bagi pasangan yang memiliki tabiat tidur berbeza. Teknologi Pindahan Pergerakan (Motion Transfer Technology) memastikan jika seseorang bergerak banyak semasa tidur, orang sebelahnya akan terus tidur dengan aman.

Fakta penting
● Tiga saiz boleh dipilih: single, queen atau king
● Tilam diperbuat daripada latex asli, getah berbusa memori dan busa sokongan
● Tiada spring yang tidak selamat dan tidak selesa yang akan merosakkan tidur anda
● Tilam boleh memenuhi bentuk badan anda, menjadikan tidur anda selesa
● Kepadatan: sederhana padat, tidak terlalu lembut atau keras (6-7 pada sekala 1-10)
● Percubaan 100 malam di rumah anda
● Penghantaran percuma
● Dibungkus di dalam kotak dalam tempoh tiga hingga lima hari
● Pemulangan percuma jika pelanggan tidak berpuas hati
● Jaminan waranti 10 tahun
● Direka di Tali bagi prestasi terbaik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dugaan Bisnes, Lori Bawa Bengkung Sajat Terbakar

GSC Launches Autism Awareness Campaign To #Breakthestigma