Acara yang dianjurkan oleh Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia yang berjudul ‘The Appetizer’ ini menyaksikan SonaOne dan Kidd Santhe beraksi di hadapan peminat muzik Hip Hop. Lokasi tersebut telah dihiaskan dengan poster lagu dan food truck Quack Teow juga turut bekerjasama dengan menghidangkan kuey teow dan teh tarik percuma buat pengunjung.
Turut memeriahkan lagi acara tersebut, previu ini diacarakan oleh SonaOne dan Kidd Santhe sendiri sambil memakai pelitup muka dari mula hingga akhir acara, termasuk ketika persembahan langsung mereka dengan tiada kompromi dalam mematuhi pencegahan gejala Covid-19. Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dipatuhi sepanjang acara termasuk penjarakan sosial dan penggunaan aplikasi ‘check-in’.
SonaOne kemudiannya menutup tirai acara ‘The Appetizer’ dengan sesi tanda tangan bersama peminat. Pelbagai barang yang diminta untuk di tandatangani oleh peminat seperti poster, dan kasut juga dilayani oleh SonaOne. ‘Woosah’ hoodie dan t-shirt edisi khas yang direka oleh SonaOne sendiri turut dijual semasa acara tersebut.
Saksikan pengeluaran rasmi lagu “Kuey Teow” dari SonaOne dengan penampilan istimewa Kidd Santhe pada 21 Ogos 2020!
TENTANG SONAONE
Bermula dari seniman graffiti yang berjaya di usia 12 tahun, sehingga kemudiannya bergabung dengan raja hip hop Joe Flizzow di bawah naungan Kartel Records, kesungguhan dan bakat SonaOne sebagai rapper, penulis dan penerbit telah melonjak tinggi namanya. Dia kemudian mencapai satu tahap baru apabila menjadi antara salah seorang bintang popular yang menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman hip hop terkenal yang ketika itu baru ditubuhkan, Def Jam Asia Tenggara. Pencapaian SonaOne berbeza-beza dan banyak. Dia adalah pemillik lagu hip hop yang pertama pernah memenangi pertandingan muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29), dengan lagu “Apa Khabar” (lagu Joe Flizzow yang dihasilkan oleh dan menampilkan SonaOne).
Dengan semua itu sebagai peluncur, album sulungnya “Growing Up Sucks” melonjak naik ke anak tangga teratas carta lagu pada tahun 2016, dengan single ketiga, “Firefly”, memenangi Lagu Bahasa Inggeris Terbaik di AIM22, kemenangan berturut-turut untuk SonaOne dalam kategori yang sama. Tahun 2018 menyaksikan SonaOne berkolaborasi dengan rakan ‘hit’ Def Jam, ALIF, dalam satu album yang terkenal dan berjaya secara komersial pada tahun tersebut, DETAIL; yang telah menggegarkan landskap muzik tempatan hip hop dan pop. Pada tahun 2019, dia mengunci tempatnya di alam maya apabila menjadi artis Malaysia yang mendapat aliran keempat tertinggi (10.8 juta di Spotify sahaja). Perjuangan SonaOne tidak pernah berhenti kerana ketika ini dia sedang mengerjakan album “Freestyle Play”, yang dijanjikan akan membawa pendengar ke ‘dunia khayalan yang mana batasannya adalah seluas imajinasi pendengar’.
Ikuti: Instagram / Facebook / Twitter
TENTANG KIDD SANTHE
Penglibatan Kidd Santhe dalam dunia hip hop masih agak baru, tetapi namanya semakin dikenali disebabkan akrobatik lisan dan dirinya yang serba-boleh. Sebenarnya, karier Kidd Santhe berkembang secara literalnya disebabkan oleh ‘word-of-mouth’ – pemain ‘beatbox’ dari usia 13 hingga 16 tahun, bakatnya telah menonjol sejak di usia muda lagi. Rakan dan mentornya, DJ Biggie, adalah orang yang membawa Kidd ke dalam industri hip hop. Muzik Biggie dan kehandalannya dalam ‘turntablism’ menarik minat Kidd Santhe dalam penghasilan muzik. Dia mula belajar cara membuat ‘chop’ di Ableton; meningkatkan dirinya secara konsisten sehingga dia menjadi yakin dan mahir dengan rentak dan mikrofon. Dengan kemahiran tersebut di samping gabungan kesungguhan dan keazaman seperti nama samaran yang diberikan ibunya, ‘Kidd Santhe’ dilahirkan.
Di bawah label Monster Sound, Kidd Santhe telah menjadi penghasil tetap untuk single yang bertenaga dan diminati ramai. Dia sudah jauh lebih maju sejak video muzik pertamanya, LITNYA. Sentiasa mempamerkan rangkaian emosi & daya kreatif yang tinggi, salah satu single terbaru Kidd ‘Bawah’ membawa kita kepada pemikirannya yang mendalam. Album kolaborasinya 2019 dengan GARD, API, memberinya peluang untuk berubah menjadi mesin ‘punchlines’ yang lucu dan ‘bars’ yang bagus. Fleksibiliti seperti DiCaprio ini menjadi faktor Kidd Santhe menjadi pilihan untuk digabungkan dengan artis lain, seperti lagu popular ‘HAA TEPOK’ dengan Meerfly & MK K-Clique, dan tidak lama lagi, ‘KUEY TEOW’, bersama SonaOne.
Ikuti: Instagram / Facebook / Twitter
TENTANG DEF JAM RECORDINGS ASIA TENGGARA
Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Sedangkan hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budaya bersesuaian dengan konteks tempatan, dan syarikat rakaman gah ini hanyalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita turut sama beraksi.
Def Jam Asia Tenggara meliputi Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura, dengan senarai artis seperti Joe Flizzow (MY), SonaOne (MY), Abubakarxli (MY), SYA (MY), Daboyway (TH), Ziggarice (TH), A. Nayaka (ID), Rayi Putra (ID), MukaRakat (ID), Ben Utomo (ID), VVS Collective (PH), Seachains (VN), Right (VN), Obito (VN), ABANGSAPAU (SG), ALYPH (SG), Yung Raja (SG), dan Fariz Jabba (SG).