Hari ini, umat Islam di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat serentak di rumah masing-masing selepas solat Zohor hari ini (Jumaat) berikutan situasi covid-19 yang sedang melanda negara kita.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter beliau petang semalam.
Solat Hajat ini diadakan selepas mendapat titah dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Umat Islam di seluruh negara diseru supaya menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini dan memenuhi hari Jumaat dengan memperbanyakkan zikir.
Menurutnya, berdasarkan taakulan, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat itu adalah pada hari Jumaat iaitu, 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas solat zohor di kediaman dan tempat masing-masing.
“Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya kerana hanya kepada ALLAH SWT jua kita berserah,”
Berikut adalah bacaan niat dan cara mengerjakan solat sunat hajat untuk rujukan :
Tambah Dr Zulkifli, umat Islam juga disaran memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada Allah.
In Sha Allah, moga solat hajat dan doa kita diterima dan dijauhi oleh penyakit covid ini. Serta berodalah juga agar negara kita dan seluruh dunia cepat sembuh dari wabak ini.