in

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Kempen Because Caring Counts Softlan kumpulkan sejuta ‘pledge’. Softlan bakal menyumbangkan RM100,000 kepada rakan kongsi amalnya dengan tema, video dan laman online kempen yang diperbaharui

Jenama pelembut fabrik #1 Malaysia*, Softlan telah melancarkan Kempen Amal Kanser Payudara tahunannya di Giant USJ, Subang Jaya hari ini. Kempen amal yang telah dijalankan selama lima tahun berturut-turut ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk membantu usaha mengumpul sejuta ‘plege’ dan RM100,000 bagi menggalakkan kesedaran terhadap pengesanan awal kanser payudara, sempena dengan Bulan Kanser Payudara Sedunia Oktober ini.

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

[dropcap]T[/dropcap]ema kempen ‘Because Caring Counts’ yang diperbaharui menggesa orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai isu-isu seperti pengesanan awal, simptom, faktor-faktor risiko dan tabiat yang sihat bagi membantu mencegah kanser payudara. Berasaskan konsep keprihatinan, kempen ‘Because Caring Counts’ memberi tumpuan khusus terhadap menyatukan kepentingan sokongan, sikap mengambil berat serta pengalaman dalam menyebarkan kepentingan pengesanan awal kanser payudara. Kempen tersebut turut menggalakkan kaum wanita daripada segenap usia untuk melakukan sendiri pemeriksaan payudara dan berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan kanser payudara serta mamogram.

En. John Hazlin, Pengurus Besar, Colgate-Palmolive Malaysia, Singapura, dan Brunei berkata:

“Sejak dari dahulu sehingga sekarang, wanita memainkan peranan penting dalam komuniti rakyat Malaysia. Sumbangan mereka kepada tenaga kerja, bidang seni dan sains, serta unit keluarga dan pendidikan tidak mengenal sempadan – dan kita perlu sentiasa memberi sokongan kepada mereka. Menerusi kempen Amal Kanser Payudara Softlan, kami berharap dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai tentang betapa pentingnya untuk kita sentiasa prihatin dan berada di sisi wanita-wanita dalam hidup kita yang melalui ujian pengesanan atau rawatan kanser payudara.”

Selari dengan tema yang baru, ‘Because Caring Counts’, Softlan turut memperkenalkan sebuah video infografik yang memaparkan kesan kaser payudara terhadap individu, keluarga dan sahabat handai, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Video tersebut menggalakkan orang ramai untuk sebulat suara dalam melindungi dan memaklumkan insan-insan tersayang dengan menyebarkan maklumat mengenai kesedaran dan impak kanser payudara.

Melalui kempen ini, Softlan membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan kasih sayang, sokongan dan kata-kata semangat kepada wanita-wanita paling penting dalam mereka – ibu, isteri, anak perempuan, kakak dan kawan rapat.

Tonjolkan keprihatinan anda melalui ‘pledge’. Bagi setiap ‘pledge’ yang dilakukan mulai 1 Oktober hingga 30 November 2013 akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

[pullquote align=”right”]‘Pledge’ boleh dikumpul dengan mudah menerusi pembelian mana-mana pek Softlan yang terdapat di pasaran sepanjang bulan Oktober dan November.[/pullquote]

Bagi menggalakkan kutipan ‘pledge’, Softlan turut menawarkan cara mudah yang penuh bermakna bagi menyenangkan orang ramai menyumbang ‘pledge’ iaitu melalui laman Facebook Softlan (www.facebook.com/SoftlanBCC). Sumbangan ‘pledge’ boleh dibuat hanya dengan menonton video, kongsikan video tersebut dengan rakan-rakan anda ataupun memuat naik gambar. Setiap cara yang berikut dikira sebagai satu ‘pledge’.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyatakan sokongan mereka melalui sumbangan ‘pledge’ melalui: 1) ‘Tweet’ mesej kempen di laman Twitter dengan #SoftlanBCC, 2) ‘Pinkan’ infografik tentang teknik pemeriksaan sendiri di laman Pinterest.

“Softlan ingin menyebarkan mesej tentang keprihatinan melalui pengumpulan ‘pledge’ tersebut. Setiap ‘pledge’ menggabungkan dan memberi tanda bahawa sejuta tanda kasih sayang dan budi yang baik telah menyentuh sanubari orang lain. Kami ingin membuktikan bagaimana satu tindakan berkongsi yang mudah mampu sampai kepada jutaan orang, justeru, menyelamatkan jutaan nyawa. Oleh yang demikian, kami menggesa orang ramai untuk turut serta dan berkongsi pesanan penting ini dengan setiap individu di sekeliling mereka.”

Yusof Mohammed Aris, Pengurus Kanan MAKNA berkata:

“MAKNA kini sedang merancang untuk meluaskan perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergeraknya ke pantai timur menjelang tahun 2014, dan melalui projek-projek seperti Softlan – ‘Because Caring Counts’ dapat meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung kepentingan pengesanan awal kanser payudara. Setiap sen yang disumbangakan menjadi talian penyambung untuk mendekati mereka yang amat memerlukan sokongan.”

Mengulas tentang inisiatif NCSM, Cik Clare Ratnasingham, Naib Presiden dan Pengarah Projek persatuan tersebut berkata:

“Sumbangan daripada Kempen Kanser Payudara Softlan 2013 akan membantu membiayai program-program pendidikan kanser payudara NCSM serta membiayai pemeriksaan mamogram percuma bagi golongan wanita yang kurang berkemampuan.”

Prof. Madya Dr. Zaharah Aiyub, President BCWA, turut berkongsi bagaimana sumbangan tersebut dapat membantu inisiatif BCWA:

“Sumbangan daripada Kempen ‘Because Caring Counts’ Softlan akan digunakan untuk beberapa aktiviti BCWA seperti program MURNI (Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara) yang menjalankan pemeriksaan kanser payudara secara klinikal dan mengajar pemeriksaan kanser payudara kepada kaum wanita, pendidikan dan latihan tentang pengesanan awal kanser payudara kepada orang ramai. Sumbangan tersebut akan turut digunakan untuk memberi maklumat, sokongan social, nasihat serta kaunseling kepada pesakit kanser payudara dan keluarga mereka melalui pasukan sokongan pesakit kami.”

Sepanjang bulan Oktober, Softlan dan rakan-rakan kongsi amalnya akan membawakan pameran bergerak mereka ke tujuh (7) lokasi di pasaraya utama seluruh Semenanjung Malaysia, di mana pemeriksaan payudara secara percuma, kaunter maklumat pemeriksaan sendiri payudara dan stesen-stesen sumbangan ‘pledge’ disediakan.

Orang ramai dipelawa untuk menghadiri pemeriksaan payudara percuma dan mempelajari tentang pemeriksaan sendiri payudara anda daripada para doktor dan jururawat terlatih pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

Lokasi dan Tarikh Pameran Bergerak

  • Giant USJ, Subang Jaya 4 – 6 Oktober
  • Giant Stadium, Shah Alam 4 – 6 Oktober
  • Giant Bayan Baru (Penang) 4 – 6 Oktober
  • Aeon Tebrau City (JB) 25 – 27 Oktober
  • Aeon Bandaraya Malaka 25 – 27 Oktober
  • AEON Big Mid Valley 25 – 27 Oktober
  • AEON Big Wangsa Maju 25 – 27 Oktober

Jenama Pelembut Fabrik #1 Malaysia* – berdasarkan nilai% Nielsen YTD Ogos 2013

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Softlan Lancar Kempen Because Caring Counts

Mengenai Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd.

Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produk pengguna yang menyentuh kehidupan jutaan pengguna setiap hari. Jenama-jenama yang dikendalikan oleh Colgate di Malaysia, khususnya Colgate, Palmolive, Protex, Softlan, Ajax, Glo & Axion adalah antara nama jenama paling dikenali di negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Colgate-Palmolive, sila layari http://www.colgate.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pra Tonton KL Gangster 2 Kutip RM700Ribu

Sinopsis Episod Terakhir Drama Sangkar TV9