in , ,

Sofea Jane Dalam Telemovie Ikan Singgang Cicah Budu

Kemunculan pelakon cantik Sofea Jane membintangi drama TV sememangnya dinantikan. Masakan tidak hanya sesekali sahaja kita berpeluang menyaksikan kemunculannya membawakan watak menerusi drama di kaca TV.

Menerusi telemovie ‘Ikan Singgang Cicah Budu’ bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 26 April ini, pukul 10.30 pagi di TV1, Sofea Jane turut berlakon di samping Wan Hanafi Su, Z Zamree, Sofea Jane, Keena Mentor, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Hushairi Husain, dan Amir Raja Lawak.

Sofea Jane ... turut berlakon

Mengangkat kisah sengketa sejak sekian lama antara Antara Awang Him dengan Wan Muda. Semua berpunca dari salah faham dan telingkah Wan Muda dengan Awang Lah (arwah) 5 tahun lalu. Punca. Awang Lah berkenan satu tanah sebelah tanahnya dan berjanji dengan Tuan Tanah nak bayar tanah itu, tapi sebab niaganya makin tak maju sebab beralih tapak dengan Wan Muda, hasrat Awang Lah tergantung.

Tuan Tanah kesempitan dan minta Wan Muda bayar tanah itu. Hasilnya, sebelah tanah milik Awang Lah, sebelah milik Wan Muda atas satu geran. Tanah itu jadi jalan kampung dan akhirnya terbiar jadi jalan lama.

Di Kuala Lumpur pasangan kekasih Wan Nadia dan Amri menjalin hubungan cinta. Walau asal kampung yang sama, saling tak kenal sebab pengajian yang berlainan tempat. Songket ketemukan mereka. Songket bangkitkan cinta antara keduanya. Kena pula selera mereka sama. Ikan singgang cicah budu merapatkan lagi keduanya sehingga merancang untuk berkahwin.

Sementara itu di kampung muncul Lokman yang membawa projek Bandar Baru menggunakan jalan utama. Secara kebetulan jalan utama terkena atas tanah milik Awang Him dan Wan Muda. Persetujan keduanya mesti dicapai.

Awang Him setuju beri izin tapi dengan satu syarat. Wan Muda mesti mengakui depan ramai dia dapatkan tanah itu dengan cara muslihat. Wan Muda marah dan rasa tercabar. Sanggup beri izin tapi dengan syarat Awang Him tarik balik tuduhan itu dan bersihkan namanya.

Awang Him tolak syarat Wan Muda. Wan Muda tolak syarat Awang Him. Kata sepakat tak tercapai. Situasi itu memeningkan Lokman dan muncul idea menggunakan Bakar dan Mat Uki untuk pengaruhi Awang Him dan Wan Muda. Namun cubaannya tak berhasil. Dia beralih gunakan khidmat Haji Setopa, Ketua Kampung namun tak berhasil jugak. Awang Him dan Wan Muda sama-sama keras dan pertahankan ego masing-masing.

Kesannya terkena kepada Wan Nadia dan Amri. Keduanya balik bersama ke kampung dengan tujuan nak mintak restu orang tua. Namun sebaliknya Wan Muda bertegas, selagi dia hidup, dia tak mahu darah daging Awang Him hadir dalam hidup Wan Nadia. Awang Him pula beri amaran, kalau Amri tak hirau tegahnya jangan berjumpa Wan Nadia lagi, Amri boleh anggap abangnya itu sudah mati.

Ketika itu Wan Nadia dan Amri dapati cinta mereka terhalang dan mereka jadi mangsa keadaan. Pun kerana hormat pada orang tua, keduanya akur.

Lokman tetap berusaha nak membangunkan projek Bandar Baru itu. Lokman gunakan sekali lagi khidmat Haji Setopa. Harap sangat kata-kata Ketua Kampung itu dapat melembutkan hati Awang Him dan Wan Muda.

Tapi yang terjadi, situasi tetap tidak berubah. Kedua-dua saling keras kepala. Jalan damai makin tertutup.

Wan Nadia dan Amri terpaksa berkorban demi memuaskan hati seorang ayah saudara dan seorang abang yang lebih pentingkan diri sendiri. Haji Setopa cuba sedarkan Awang Him dan Wan Muda. Dia menjemput keduanya makan ikan singgang dan budu yang sengaja tak cukup ramuan. Awang Him kata tak sedap. Wan Muda kata tak enak langsung. Haji Setopa sindir, nak sedap, nak enak, semua letak dalam tangan kita sendiri.

Ikuti kesudahan drama terbitan KalamAriff Holding Sdn Bhd ini hanya di TV1.

POSTER IKAN SINGGANG CICAH BUDU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Kredit Permainan eSports

HyppTV Kini Boleh Ditonton di Gajet Mudah Alih