in , , , , ,

So You Think You Can Dance?

Macam-macam benda boleh buat sebenarnya dalam Program realiti TV. Di Malaysia, dah banyak program TV realiti yang dianjurkan.

Foto Kredit: SalamToday.com

Ini mewujudkan satu persaingan sihat antara stesen TV. Perebutan takhta stesen TV mana yang lebih kreatif, inovatif dan berjaya menggamit ramai penonton seolah-olah satu trend masa kini. Kalau tidak ada program TV berbentuk realiti dalam sesebuah stesen TV seumpama makan nasi tanpa ada pembuka selera. Terasa hambar, kan?

    Jadi, macam-macam dah kita tengok. Ada program realiti yang berjaya melahirkan ramai pelapis berbakat lagi popular seperti Akademi Fantasia (astro) dan Malaysian Idol (TV3). Ada yang gagal seperti Audition di NTV7. Mmm… ingat lagi dengan Audition?

Ala, yang peserta dia kena menyanyi, menari dan berlakon tu. Tidak ada impak dan kesan apa-apa kepada industri. Berapa kerat sangat yang boleh jadi pelakon. Hanya Razali je yang boleh jadi pelakon. Tu pun, hanya pelakon drama. *Tet!

    TV3 banyak buat program dengan kerjasama produk kecantikan contohnya Program Aspirasiku dan yang terkini Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene. Menariklah juga. Peserta favorite saya ialah Fida, gadis yang bertudung. Muka dan gaya percakapan sebijik macam Siti Nurhaliza.

    Ada program realiti yang menjurus kepada minat dan cabaran lasak seperti X-Tuned (astro) dan Amazing Race Asia saluran AXN (Tahniah peserta Malaysia, Joe Jer & Zabrina sebab jadi juara!).

    Ada program realiti untuk mencari pelawak macam Raja Lawak di astro. Ingat senang ke nak cari yang betul-betul lawak. Helmi Gimik yang dah jadi pelawak pun gagal nak kasi orang ketawa. Yang ada pun, ramai yang buat lawak slapstik dan meniru gaya pelawak yang sedia ada. Macam Johan yang dikatakan menyerupai lawak Salleh Yaakub.

    Kemudian, sekarang kita ada Gangstarz, pencarian vokal kumpulan vokal terhebat di TV3. Minggu lepas katanya komen-komen pedas telah dihamburkan oleh para juri dan ini saya rasa satu tindakan yang amat bagus. Jangan kasi muka kat diorang sangat.

    Sebenarnya, pihak juri berhak berkata apa sahaja kerana ini program realiti TV. Seandainya pihak penerbitan tidak mahu juri mengkritik dengan kritikan pedas, saya rasa ini sudah bukan program realiti namanya. Teguran membina penting untuk memantapkan peserta. Bukan memberi kritikan yang manja kerana membuatkan mereka naik atas kepala.

    Tapi, sah-sahlah peserta Indonesia power giler dari segi paduan suara dan persembahan harmoni. Tetapi malang, saya kira mereka sukar untuk berjaya kerana pertandingan ini berdasarkan undian SMS dan juri.

    Mmm… terbaru, 8TV sedang mencari penari-penari terhebat di Malaysia dalam SO YOU THINK YOU CAN DANCE? Jadi, anda fikir anda boleh menari? Ha, masanya dah tiba untuk menunjukkan kehebatan anda dalam program realiti TV bagi penari yang pertama di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin Yang Sedat Padat, Kali Pertama Jumpa Yasmin Ahmad

Tiada Maafkah buat Rosnah Mat Aris?