Setiap hari, pengguna di Malaysia menggunakan Snapchat untuk mengeksperasi diri mereka, menikmati hidup pada momen kini dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka. Lensa memberi inspirasi kepada komuniti sekeliling, membantu mereka berhubung dengan rakan terdekat dan menemui perkara-perkara menarik melalui Kamera kami.
Selama bertahun-tahun, kami telah menggunakan beberapa teknologi yang paling inovatif dan menggunakannya pada Augemented Reality (AR). Konsep yang dianggap futuristik digunakan oleh berjuta-juta Snapchatters setiap hari, semuanya dibina oleh komuniti pakar AR kami yang semakin berkembang maju.
“Kami kagum dengan kreativiti dan kehebatan teknikal komuniti kami yang telah meningkatkan minat para Snapchatters untuk menggunakan AR. Tahun ini, kami terus melihat Lens Creators, serta pasukan kami di Snap, membina lensa-lensa yang bukan sahaja membantu Snapchatters mengekspresikan diri mereka dengan lebih baik, tetapi membantu mereka belajar tentang dunia di sekeliling mereka dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.” – Sophia Dominguez, Ketua Perkongsian Platform AR Snap.
Lensa Paling Viral di Malaysia Tahun Ini
Squid Game oleh Ian Runge: Tahun 2021 tak akan terlepas dengan obsesi terhadap Squid Game! Lensa yang diinspirasikan oleh siri ini, ciptaan Ian Runge, kini telah menjadi popular dan menjana berpuluh-puluh juta impression merentas Snapchat dan Spotlight.
Kartun 3D oleh Snap: Daripada selebriti hingga haiwan peliharaan, dunia tidak boleh — dan tidak akan — berhenti mengubah diri mereka menjadi watak kartun. Lensa ini telah dilihat lebih 7 bilion kali!
Detik dan Perayaan Popular Bagi Tahun 2021 di Malaysia
Tahun Baharu Cina daripada Snap: Raikan Tahun Baru Cina secara maya dengan mengambil gambar anda menggunakan Lensa ini untuk menghantar ucapan maya kepada rakan-rakan dan keluarga yang tersayang.
Hari Merdeka daripada Snap: Tunjukkan semangat Keluarga Malaysia anda sambil meraikan Hari Kebangsaan Malaysia!
Detik Global yang Popular
The Final Christo: Original Works for The Arc de Triomphe: Pencinta seni boleh membawa diri mereka ke Paris dan mengalami pemasangan Christo’s Landmarker, L’Arc de Triomphe, Wrapped — walaupun anda tidak berpeluang melihatnya secara langsung.
Berlatih seperti Olympian oleh Olimpik: Lensa ini menggunakan teknologi penjejakan badan untuk menggalakkan Snapchatters kekal aktif dengan menyelesaikan tiga latihan sebelum masa tamat.
Dengan lebih 6 bilion penggunaan setiap hari secara purata, lensa menawarkan pengalaman unik terutamanya ketika detik-detik perayaan dan budaya tahun ini. Sertai kami meraikan komuniti kami dan Lensa-lensa 2021 yang merevolusikan cara Snapchatters mencipta, meneroka, belajar dan bermain.