in , ,

Small Town Heroes Inspirasi Dari Kisah Pengarah Terbaik FFM Ke-32

Tahniah buat Ryon Lee Eng Keong apabila namanya disebut pemenang kategori Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32

Bagai dalam mimpi.Itulah yang dirasakan Ryon Lee Eng Keong apabila namanya disebut pemenang kategori Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 yang disiarkan secara langsung TV2 dari Encore Theatre di sini, malam tadi.

Ryon yang mengarah filem Small Town Hero tidak menduga naskhah dihasilkannya menewaskan lima pencabar lain iaitu Syafiq Yusof yang menghasilkan Abang Long Fadil 3, Muzammer Rahman (Prebet Sapu), Syamsul Yusof (Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan) dan Zulkarnain Azhar serta Frank See (Air The Movie : Selagi Bernyawa).

Ryon membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000.

“Secara jujur, saya seperti masih berada dalam mimpi.

“Saya berterima kasih kepada juri kerana memilih saya untuk menggenggam trofi Pengarah Terbaik,” katanya kepada BH Online

Filem Small Town Hero bergenre drama dan komedi mengisahkan dua penghuni rumah anak yatim Hero dan Ah Feng yang ingin mencari ibu kandung Hero.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WOWSHOP ASTRO

WOWSHOP & Nona TV3 Lancar ‘Le Nona’ Set Hidangan Anggun Bergaya

Konsert Pertama Melly Goeslaw Di Kuala Lumpur Bertemakan Back To School