SELEPAS lama bercinta, SM Nasarudin dan Marion merancang untuk berkahwin akhir tahun ini.
Selepas lima tahun bercinta, pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, semalam mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan anak tokoh korporat Allahyarham Tan Sri Nasamuddin SM Amin, SM Nasarudin, 27, pada Disember ini.
Marion yang berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Cina bagaimanapun masih berahsia mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka.
Pengacara lulusan Universiti Marquette di Milwaukee, Amerika Syarikat itu memberitahu, hubungannya dengan Pengerusi Eksekutif Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza itu sudah mendapat restu keluarga.
“Kami sudah lama berkawan dan tahun ini adalah tahun terbaik untuk kami bernikah,” katanya.