SLOT SUTERA – BIDADARI KOTA, BERMULA 16 MEI 2008, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, JAM 11.05 PAGI DI RTM1
Cabaran dan dugaan hidup empat wanita gigih memperjuangkan nasib mereka melatari Bidadari Kota, bermula 16 Mei 2008, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.05 pagi di RTM1.
Bidadari Kota berlegar sekitar kisah empat sekawan wanita bernama Elida, Liza, Nora dan Yasmin. Setelah menamatkan zaman pengajian di kolej, masing-masing terpisah dan membawa haluan sendiri. Segalanya ditempuhi atas dasar mengejar impian mencari kebahagiaan atas dasar nama cinta dan kasih sayang.
Namun akhirnya takdir menemukan mereka semula. Tetapi mereka tidak dapat lari daripada berdepan masalah yang terpaksa diterima mereka sepenuh hati.
Meniti usia 34 tahun, Elida mula berdepan dengan cemuhan orang dan desakan keluarga supaya mendirikan rumahtangga. Ia menjadi igauan dan tekanan dalam kehidupan seharian Elida lalu dia meletakkan matlamat pencarian jodohnya sebagai satu prioriti yang perlu dicapai sebelum mencecah usia 35 tahun.
Sementara itu temannya, Liza pula berdepan dengan masalah apabila suaminya, Rashidi jatuh cinta dengan wanita lain. Tanpa belas kasihan, Liza telah diceraikan dengan talak satu. Tinggalah Liza bersama zuriat tunggal mereka, Dania. Walaupun hatinya hancur dengan perbuatan bekas suaminya itu, namun Liza patah semangat berdepan dengan dugaan.
Dalam menghadapi kemelut penceraiannya, Liza menghubungi Elida. Berkat bantuan Elida serta sokongan Nora dan Yasmin, Liza berdiri semula dari kehancuran dan memulakan kehidupan barunya menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal.
Liza berjaya mendapatkan kerja sebagai Perunding Penyelidik di sebuah firma di ibukota. Liza mampu menarik nafas lega kerana kerjayanya dapat menampung kehidupan mereka dua beranak. Namun situasi selesa itu tidak berpanjangan apabila bekas suaminya mengemukakan tuntutan hak penjagaan terhadap Dania.
Sementara itu teman baik mereka, Nora pula biarpun dilimpahi kemewahan ibu bapanya tetapi kebahagiaan jodoh tidak berpihak kepadanya. Nora sekeluarga telah dimalukan pihak keluarga kekasihnya, Rizal yang menarik diri di hari pertunangan mereka.
Setehun berlalu, Nora dipertemukan semula dengan Imran, lelaki yang menyintainya sepenuh hati. Imran adalah bekas majikan Nora yang sanggup melakukan apa saja untuk memenangi hati wanita itu. Akhirnya setelah tiga tahun menyulam cinta, mereka akhirnya mendirikan rumahtangga. Tujuh tahun menjalani kehidupan suami isteri, Nora merasakan kasih sayang Imran begitu menebal buat dirinya.
Hakikatnya Nora berdepan konflik diri mahu dikurniakan cahayamata. Usianya yang menghampiri angka 34 membuatkan dirinya tambah tertekan dengan situasi itu hingga menimbulkan masalah dalam perhubungan mereka suami isteri.
Seorang lagi rakan mereka, Yasmin pula menggalas tanggungjawab menjaga adik bongsunya, Yuni yang masih belajar di sebuah kolej swasta. Apatahlagi dalam adik beradiknya, hanya Yasmin yang masih belum mendirikan rumahtangga.
Berbekalkan kelulusan dalam jurusan ekonomi yang dipegangnya, Yasmin bekerja di sebuah syarikat pasaran saham sebagai Remiser. Hampir sepuluh tahun menjalankan kerja itu tetapi Yasmin masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya berbanding Elida, sahabatnya yang dianggap berjaya.
Justeru ia memupuk semangat Yasmin untuk mengembangkan kerjayanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan pula dengan menubuhkan Sutera Anggun Sdn. Bhd. Baginya berpantang maut sebelum ajal. Apatahlagi dia begitu bersungguh mahu melihat Yuni berjaya dan meraih kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.
Dalam pencarian jodoh yang sesuai, Elida bertemu dengan Hashim. Namun kemudiannya Elida mendapati Hashim bukanlah lelaki yang tepat kerana kasih yang dicurahkan Elida dibalas dengan penghinaan dan penipuan lelaki itu. Hakikatnya jodoh yang ikhlas kini sudah berada di depan mata iaitu Baktiar, kakitangannya sendiri.
Di samping itu Liza terus berjuang mendapatkan hak penjagaan Dania. Malah dia berjuang dengan isu gangguan seksual dari majikannya lantaran status yang disandang. Namun berkat ketabahan dan kesetiaan sahabat-sahabat baiknya, Liza cekal menghadapi dugaan hidup.
Yasmin pula membelakangkan soal jodoh demi mengejar cita sebagai usahawan dan dugaan dalam membina perniagaannya. Tetapi dia juga tidak sunyi daripada berdepan dugaan apabila Yuni seringkali memberontak sedangkan dirinya dilimpahi kemewahan oleh kakaknya itu.
Begitu pun Nora pula terpaksa menerima hakikat dimadukan sedangkan pada masa yang sama dia menerima khabar gembira mengadungkan anak daripada benih Imran seperti yang diimpikan selama tujuh tahun usia perkahwinan mereka.
Mampukah empat bidadari kota ini berdepan dengan ujian dan cabaran hidup mereka? Drama ini menggabungkan lakonan hebat dan berkesan Maria Farida, Corinne Adrienna, Ridana, Kuza, Badrul Muhayat, Effe Naressa dan Farid Khan.
Kepada penonton setia Saluran Inforia Anda, jangan ketinggalan menyaksikan Bidadari Kota, bermula 16 Mei 2008, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.05 pagi di RTM1.
[tags]slot sutera, rtm1, drama rtm, tv3, drama bidadari kota, gambar kuza, british adnan photographer, britney and adnan, gas station in america, hollywood gossips, papparazi, red dress, ashton kutcher video clip, christmas video clip, couple christmas video clip, demi moore, diane kruger, dude where my car, hollywood gossips, president abraham lincoln theory, santa claus presents, santa out of job, that 70 show[/tags]