in ,

Slot Foodie Okey Khas Untuk Pencinta Makanan

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil kesempatan untuk berkongsi tiga program terbaharu menarik yang bakal menyajikan pelbagai jenis masakan dan resipi untuk santapan anda sekeluarga. Sudah pasti anda terutama dalam kalangan pencinta makanan teruja, bukan?

Mengisi slot Foodie Okey menerusi saluran TV Okey, ikuti siaran program bermula dengan “123 Masak” mulai 2 September ini, setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari, “Wake & Bake” mulai 4 September ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 12.00 tengah hari dan “Cef Insta” mulai 26 September ini, setiap Ahad, pukul 8.00 malam.

Sedang bersiaran menemui penonton TV Okey, program “123 Masak” membawakan kepada anda sebuah program masakan berkonsepkan realiti dimana dua orang selebriti akan bertarung menyediakan masakan mengikut arahan diberikan oleh hos Cef Fikri. 

123 Masak (1)

Saksikan pelbagai gelagat selebriti jemputan dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Antara artis yang terlibat memeriahkan program ini termasuklah ialah Liyana Jasmay, Mustakim Bahadon, Lukman Hafidz, dan Tash Yong. 

Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapa kek yang dibakar di rumah seringkali tidak menjadi sebaliknya pula dengan kek yang dihasilkan oleh kafe terkenal sedap dan menarik? Bagaimana pula cara membakar kek yang tepat dan menghasilkan kek berkualiti? 

123 Masak

 Ikuti perkongsi hos Mahirah Khan dalam program “Wake & Bake” yang pastinya turutmemperkenalkan anda kepada beberapa pemilik kafe untuk berkongsi kisah kejayaan mereka. Malah rancangan masakan ini juga turut berkongsi cara dan tip penyediaan kek dan pastri bersama tetamu jemputan yang diundang. 

Sementara itu dalam program “Cef Insta” pula berkongsi pertandingan masakan yang memaparkan kepakaran beberapa cef yang terlibat menyediakan pelbagai masakan. Bersama pengacara cantik Sharifah Sakinah, program 13 episod ini turut mengundang artis Intan Ladyana, Dynas Mokhtar, selain turut menampilkan Cef Dato’ Dr. Fazley Yaakob dan Cef Dato’ Ismail.

Saksikan siarannya bila-bila masa dan dimana sahaja menerusiportal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Calls On Youths to Do What They Can’t with #TeamUnstoppable

Tayangan Perdana 3 Buah K-Drama Terhebat di Astro Pada September Ini