in ,

Slot Cuti-Cuti Ada Drama Komedi

Isnin – Selasa, Slot Cuti-Cuti Di TV1 Ajak Penonton Berhibur Dengan Drama-Drama Komedi Kisah Kekeluargaan Mencuit Hati

Ingin menyaksikan kemunculan artis komedi tanah air antaranya Nor Khiriah, Achong, Didie Alias, Kaza, Kencana Dewi, Liza Abdullah dan Abon bergabung dalam drama santai? Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi jalan cerita yang menghiburkan menerusi slot Cuti-Cuti disiarkan menerusi TV1. Selain sarat dengan kisah kekeluargaan mencuit hati, ia mampu menghidupkan petang hari anda dengan humor mereka yang bersahaja.

Bergelak ketawa dengan dua drama ringan dalam slot ini yang disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 3.05 petang yang bertajuk Mentua Tersepit pada 6 Februari 2012 dan diikuti keesokkan harinya, Cinta Thosai (7 Februari) yang mana sesuai menjadi tontonan seisi keluarga di rumah. Realitinya kisah yang dipaparkan semamangnya berlaku dalam kehidupan seharian tentang gelagat seorang ibu mentua dalam memenangi hati menantu-menantunya. Saksikan juga percintaan pasangan berlainan agama. Namun bukan agama yang jadi penghalang hubungan mereka tetapi sebaliknya kerana sikap si pemuda yang agak lembut berbanding si gadis yang agresif mencetuskan perbalahan antara keduanya.

Cinta Thosai

Aksi Didie Alias menjadi seorang mentua yang keliru bagaimana mahu melayan dengan baik dua menantunya mengisi plot Mentua Tersepit yang turut dibintangi oleh Nor Khiriah, Leez AF, Ah Chong, Joey, Kaza, Fiza Elite dan Aida Yunan.

Kisahnya bermula dengan watak Tom tersepit di antara kedua menantunya. Mereka berdua mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setelah enam tahun, Tasha berkahwin dengan anak sulung Tom dan Pak Jantan, Kamal, mereka tidak dikurniakan anak. Rezeki anak tidak menyebelahi mereka. Namun, lain pula dengan Hajar yang berkahwin dengan anak kedua Tom bernama Kamil. Setelah dua tahun berkahwin, Hajar mengandung. Ini membuatkan, layanan istimewa kepada Hajar telah mengguris hati Tasha.

Tom menjadi serba salah. Tasha tidak pernah lokek dari segi duit, hadiah makanan dan sebagainya. Hajar pula, tidak memberikan semua itu kepadanya kerana faktor kewangannya tetapi bakal memberikan cucu kepada Tom. Sehingga, apabila Hajar diajak duduk bersama Tom, Tasha bertambah tidak selesa dan tidak mahu datang ke rumah Tom. Akhirnya, apabila dia datang ke rumah Tom ketika itu, tiada sesiapa di rumah. Hanya Hajar yang sedang menahan sakit hendak beranak. Lalu bagaimanakah kesudahannya?

Peminat Zizan Nin dan Kenchana Dewi usah ketinggalan menyaksikan drama komedi Cinta Thosai yang menyatukan mereka sebagai pasangan kekasih bergandingan dengan Liza Abdullah, Abon dan Ng Hung Shen.

Plot kisahnya berlegar tehadap watak Azrul tidak bertubuh tegap dan kacak. Tetapi dia juga tidak ‘lembut’. Cuma dia gemar melakukan tugas yang dilakukan seorang gadis antaranya memasak, menanam pokok bunga, menggubah jambangan bunga dan menghias rumah. Dia masih bujang dan tinggal bersama ibu bapanya walaupun telah berusia melewati 30an. Kawan-kawan baiknya, Ah Meng dan Muthu juga begitu masih bujang dan tinggal bersama keluarga.

Keadaan itu merunsingkan Mak Melah dan Pak Harun, lebih-lebih lagi apabila usaha mereka untuk cuba menjodohkan Asrul sering ditolak dan ada pula yang mengatakan Azrul tidak berminat kepada perempuan. Namun perasaan Mak Melah dan Pak Harun berasa lega sedikit Devi, gadis keturunan India berpindah untuk tinggal bersama kakaknya, Geeta dan Devi bekerja di Restoran Samy, tempat Azrul, Muttu dan Ah Meng selalu sarapan dan minum petang.

Pada peringkat awal perkenalan mereka, masing-masing kurang menyenangi sikap antara satu sama lain. Namun apabila mereka saling benar-benar mengenali, timbul kemesraan antara mereka berdua.

Mak Melah mengatur rancangan. Dia meminta bantuan Ah Meng untuk mendorong Azrul dan Devi supaya bercinta. Ah Meng pula mendapat bantuan Muthu dan Geeta. Perkara menjadi mudah kerana Muttu dan Geeta saling bercinta. Rancangan mereka menyatukan keduanya berhasil.
Tapi bila satu hari rahsia rancangan Mak Melah mahu menyatukan mereka terbongkar, segalanya berubah sama sekali. Apakah masih ada peluang menyelamatkan hubungan mereka?

MENTUA TERSEPIT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siri Manga Popular Fairy Tail

Drama Pelangi Ada Tujuh Warna