in

Skrin Riang Ria Raya TV9

SKRIN RIANG RIA RAYA TV9

Ceplos Beraya – Raya Pertama, Ahad, 20 Sept, 10.36 mlm – 12.30 mlm
Ceplos kehilangan kuasanya kerana berada dalam bulan Ramadan dan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membantu Ipin menyelesaikan masalahnya dengan kekasih hati. Ceplos cuba menjadi seperti orang Islam yang lain untuk berpuasa pada ramadan ini. Ceplos mengalami masalah pada hari pertama kerana dia xdapat menahan rasa laparnya. Ceplos sering ke dapur tetapi tiada makanan. Selepas Ipin memberitahu Ceplos akan mendapat ganjaran jika dia berjaya puasa penuh sebulan Ramadan ini seperti yang lain. Adakah Ceplos berjaya untuk berpuasa? Dan dapatkah dia menyambut Hari Raya seperti yang lain.

Enal – Raya Kedua, Isnin, 21 Sept, 1.00tgh – 3.00ptg  
Zainal ialah anak lelaki tunggal Haji Kulup yang bekerja di Kuala Lumpur. Dia sudah lama tidak pulang ke kampung kerana bergaduh dengan ayahnya. Setelah bertahun lamanya, Haji Kulup rindukan anaknya begitu juga dengan Zainal yang rindukan menyambut hari raya di kampung. Oleh itu, zainal membuat keputusan pada tahun ini dia akan pulang beraya tetapi memerlukan pertolongan dari rakan karib dan kekasihnya untuk menemani dia pulang supaya tidak akan dimarahi oleh ayahnya. Barisan pelakon ialah Dato Ahmad Tamimi Saregar, Azizan Nin, Chelsia Ng dan Mahesh.

Semprit Tak Bergula – Raya Ketiga, Selasa, 22 Sept, 1.00 ptg – 2.30 ptg
Alang Bakri mengidap penyakit diabetis. Isterinya telah meninggal dunia dan sejak itu dia sentiasa mencari perhatian daripada semua orang terutama pada anak lelakinya, Ramadan. Ramadan yang tinggal di bandar mengambil keputusan untuk membawa ayahnya tinggal bersama-sama dengan dia kerana isterinya, Diah boleh menjaga bapanya.

Baju Raya Istimewa –  Raya Keempat, Rabu, 23 Sept, 1.00tgh – 3.00ptg
Menceritakan mengenai kisah Hafiz dan keluarganya. Hafiz yang berkahwin dengan perempuan yang lebih tua darinya, Hamidah. Hamidah selalu cemburu dengan Hafiz akan usianya. Dia selalu memikirkan yang Hafiz ada hubungan sulit degan wanita lain. Anak-anak merekalah yang mendamaikan mereka.

Enot Rayalah Pulak– Raya Kelima, Khamis, 24 Sept, 1.00tgh – 3.00ptg
Onah sudah berkahwin dgn Jonet. Enot pula bertunang dgn Salleh. Oni masih tidak puas hati dan mahukan Salleh. Salleh membawa Enot ke kedai jahit untuk menempah baju pengantin bersama Abang Mas. Cik Odah pula sibuk menghantar jemputan kahwin anaknya kerana Enot akan berkahwin semasa Hari Raya Aidilfitri. Enot terkejut apabila ibunya tiba-tiba bertanya tentang Abang Gendut . Ini kerana Abang Gendut adalah abang sepupu kandung kepada Enot. Dan sejak kecil lagi, mereka amat rapat. Mereka terpisah sewaktu  Abang Gendut pergi belayar atas kapal sebagai tukang masak. Salleh cemburu kerana Enot melayan Abang Gendut dgn mesra. Dalam masa yang sama Oni menghasut Abang Gendut dgn menyatakan Salleh menaruh perasaan dengan Oni. Adakah mereka akan dapat menyelsaikan kemelut ini?
Pelakon : Shamsul Ghau Ghau , Alizza Abdullah , Norlia Ghani , Sharifah Shahora , Sheila Rusly, Isma Aliff

Studio Nabil Beraya Di Perth – Raya Keempat & Kelima, 23 dan 24 Sept, 4.30 ptg 
Mengisahkan Nabil mengajak Seri pergi bercuti ke Perth, Australia. Mereka berdua amat seronok dan mula berangan-angan ke mana mereka akan pergi semasa mereka di Perth nanti. Macam-macam yang mereka rancangkan sehingga mereka sanggup tidak tidur kerana tidak mahu melepaskan peluang bercuti di Perth.

Idola Kecil Cinderella Story – Raya Keenam & Ketujuh, 25 dan 26 Sept, 4.30 ptg
Drama yang mengisahkan tentang perjalanan hidup dua beradik (Wada dan Haqiem) yang tinggal bersama ibu dan adik-beradik tiri mereka walaupun mereka mewarisi harta yang banyak daripada arwah ayah mereka. Ketamakkan ibu dan adik-beradik tirinya itu telah membuatkan hidup mereka bertambah susah. Sehinggalah pada satu hari Wada berpeluang menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan menjadi seorang penyanyi terkenal. Saksikan drama hebat gandingan Iffa Raziah, Zizan Raja Lawak, Wada (juara Idola Kecil 08) dan finalis-finalis Idola Kecil pada hari Raya pertama nanti.

Cerita Hantu Malam Raya – Raya kedua sehingga kelima, 21 – 24 Sept, 8.36 mlm
Drama bersiri yang akan disiarkan pada Hari Raya kedua sehingga Hari Raya kelima nanti. Drama bersiri ini mengisahkan tiga rakan yang telah lama tidak berjumpa dengan abang angkat mereka akan pulang berhari raya bersama–sama di kampung pada Aidilfitri kali ini. Bermulanya satu pertandingan apabila mereka terpaksa menceritakan pengalaman paling menyeramkan. Salah seorang daripada mereka akan dapat menunaikan segala permintaan yang dihajati sekiranya memenangi pertandingan tersebut. Drama komedi bersiri ini menampilkan lakonan mantap oleh Yus, Danny X-Factor, Munir Phyne Ballerz  dan Bell Ngasri.

Abang Mak Panggil Balik – Raya Kedua, Isnin, 21 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm
Sebuah drama komedi mengisahkan perjalanan Kassim untuk pulang ke kampung halaman. Sepanjang perjalanan dia menghadapi pelbagai halangan yang melambatkan perjalananya pulang ke rumah dengan tidak mengetahui bahawa ibunya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menyambut Hari Raya bersamanya.

Takbir Rindu – Raya Ketiga, Selasa, 22 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm
Zamri telah ditempatkan di hospital mental selama tiga tahun. Dia dikeluarkan pada hari pertama Ramadan dan misi utamanya adalah mencari anaknya iaitu Adil. Bekas isterinya, Kay mendakwa Zamri ada penyakit mental kerana dia takut tidak akan mendapat hak penjagaan terhadap Adil. Walaubagaimanapun, Adil membesar dan ingin mengetahui ayah kandungnya. Zamri cuba mencari bekas isterinya dan Adil tetapi gagal. Suatu kemalangan pelik berlaku yang bakal meragut nyawa Zamri tetapi ia juga memberi peluang kepadanya untuk meluangkan masa bersatu dengan anaknya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.

Madu Oh Madu – Raya Keempat, Rabu 23 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm
Drama komedi yang melibatkan keceriaan seorang lelaki berkahwin dengan dua isteri dimana mereka tinggal di bawah satu bumbung. Kehidupan mereka seperti pasangan suami isteri yang biasa sehinggalah suatu hari ibu mertua bercadang untuk melawat mereka dan tinggal untuk beberapa hari. Si suami tidak dapat membuat keputusan untuk menyambut Hari Raya dimana.

Raya Sedondon – Raya Kelima, Khamis, 24 Sept, 9.00 mlm – 10.36 mlm
Drama yang membariskan pelakon hebat seperti Abby Abadi, Hasnol Rahmat, Kartina Aziz, Norlia Ghani & Zami Ismail. Ia mengisahkan tentang Imran dan Ratna yang telah lama bertunang tetapi masih belum berkahwin. Ini adalah kerana kedua-ibu mereka sedang berebutkan seorang lelaki bergelar “Datuk” tetapi tanpa disangka, “Datuk” yang mereka rebutkan itu sebenarnya hanyalah pemandu kepada “Datuk”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer Project Alpha

Drama Memintas Seribu Bulan Dan Email Dari Angkara