in , ,

SKINTIFIC Malaysia Umum Daiyan Trisha Sebagai Duta Kosmetik Jenama

SKINTIFIC Malaysia Melancarkan “Perfect Stay Velvet Matte Cushion” dan Umum Daiyan Trisha sebagai Duta Kosmetik Jenama.

Susulan kejayaannya yang memberangsangkan di Malaysia, SKINTIFIC dengan penuh teruja mengumumkan pelancaran produk Perfect Stay Velvet Matte Cushion, yang bakal mengakhiri penantian ramai peminatnya. Produk kusyen yang inovatif ini bukan sahaja menawarkan liputan yang sempurna tetapi juga manfaat tambahan kepada kulit, menjadikan ia satu revolusi dalam industri solekan. Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, SKINTIFIC turut berbangga memperkenalkan Daiyan Trisha sebagai duta kosmetik jenama bagi kategori produk solekannya.

SKINTIFIC telah berjaya menempatkan diri sebagai jenama terlaris dalam kategori penjagaan kulit dan kosmetik di cawangan rakan-rakan runcit terkemuka seperti Watson dan Guardian, serta di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan TikTok. Produk solekan SKINTIFIC telah mendapat pengiktirafan dan sambutan yang amat baik di serata dunia. Produk kusyen mereka, khususnya SKINTIFIC Cover All Perfect Cushion, menjadi teras kepada banyak rutin solekan kerana teksturnya yang ringan, liputan yang tinggi, dan kemampuannya menyuburkan serta menguatkan benteng kulit melalui ramuan 5X Ceramide, Centella, dan Hyaluronic Acid.

01. SKINTIFIC01

Pelancaran Perfect Stay Velvet Matte Cushion yang baharu pula telah mencatatkan kejayaan yang luar biasa di Indonesia dengan 100,000 unit terjual dalam tempoh 24 jam. Kini boleh didapati di Malaysia, produk ini menjanjikan kulit yang sihat lagi sempurna melalui Agen Pembentukan Lapisan 3D yang inovatif serta teknologi Pengekang Minyak Pintar yang mampu mengekalkan pengekangan minyak selama 12 jam. Perfect Stay Velvet Matte Cushion memberikan hasil persis matte baldu dengan liputan tinggi yang mampu menyembunyikan kecelaan seperti tompok hitam dan kegelapan bawah mata hanya dengan satu sentuhan.

Kusyen ini telah diuji secara ekstensif dan terbukti dapat mengekalkan hasil yang sempurna dan bebas kilauan dengan ciri pengekangan minyak selama 12 jam, hasil teknologi Pengekang Minyak Pintar. Hasil matte naturalnya berpanjangan sambil mengekalkan kelembapan kulit. Rahsianya terletak pada Agen Pembentukan Lapisan 3D yang membentuk struktur jejaring berbentuk heksagon yang menyesuaikan dengan sempurna pada kulit wajah untuk mengekalkan warna serta meningkatkan daya kalis air.

Selain hasil yang sempurna dan tekstur ringan, kusyen ini juga mengandungi bahan-bahan penjagaan kulit seperti Antioksidan Gandaan Tiga untuk mencegah kekusaman, Niacinamide untuk mengawal minyak berlebihan, Copper Tripeptide-1 untuk kulit yang tampak halus, Astaxanthin sebagai penangkis UV semula jadi untuk melindungi kulit daripada penuaan pramatang, dan Tocopherol, antioksidan yang mencegah pengoksidaan.

SKINTIFIC Perfect Stay Velvet Matte Cushion kini hadir dalam lapan tona yang mencakupi pelbagai jenis kulit dari cerah hingga gelap. Tona-tona tersebut adalah Porcelain, Vanilla, Ivory, Petal, Almond, Beige, Sand, dan Honey.

Dengan bangganya, SKINTIFIC memperkenalkan Daiyan Trisha sebagai Duta Kosmetik Jenama yang terbaharu bagi kategori solekan di Malaysia. Daiyan Trisha, yang merupakan penulis lagu, penyanyi, pelakon, penulis buku terlaris, dan ikon fesyen, melambangkan keyakinan, dedikasi, cita-cita, dan etika kerja yang tinggi. Personaliti mesra serta keazaman yang dimiliki oleh Daiyan selari dengan nilai-nilai yang menunjangi SKINTIFIC, menjadikannya duta kosmetik yang paling ideal bagi jenama ini.

Daiyan menyatakan kegembiraannya dengan berkata, “Saya amat teruja untuk berkolaborasi dengan SKINTIFIC. Pendekatan mereka yang inovatif terhadap penjagaan kulit dan solekan memperkenalkan era baharu di mana aksesibiliti bertemu kualiti, memberikan nafas baharu kepada standard kecantikan bagi semua.”

Kerjasama ini menandakan satu lembaran baharu yang mengujakan bagi SKINTIFIC, ketika jenama ini terus menginovasi dan mencetus inspirasi, membawa standard kecantikan yang tertinggi kepada khalayak yang lebih luas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HARITH ISKANDER DR JEZAMINE

Pelawak Harith Iskander Akui Buat Silap, Jezamine Lim Nafi Suami Pendera

Lima Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton NAFSU di Viu