in

Sketsa Komedi Haha Hihi Gabung Pelawak Malaysia & Indonesia

[dropcap]S[/dropcap]eiring dengan perkembangan industri komedi yang semakin maju dan membangun di dalam dunia global secara umumnya, pihak Astro dengan kerjasama Broadway Media membawakan sebuah lagi program komedi jenaka terbaru gabungan dua negara nusantara berjudul “HaHa HiHi” yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Khamis bermula 20 Jun 2013, jam 10.00 malam di saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.

Program HaHa HiHi yang bakal bersiaran selama 13 minggu ini merupakan sebuah program berkonsepkan sketsa komedi pertama yang menggabungkan para pelawak daripada negara Malaysia dan Indonesia beraksi di dalam satu pementasan yang sama. Berdurasi selama 30 minit untuk setiap episod, HaHa HiHi akan mengetengahkan kisah-kisah yang berkisarkan mengenai variasi peristiwa di dalam kehidupan seharian.

[pullquote align=”right”]HaHa HiHi gabung pelawak Malaysia dan Indonesia dalam program sketsa komedi terbaru secara eksklusif  jam 10.00 malam di Saluran Bintang[/pullquote]

Antara barisan pelawak Malaysia yang akan menceriakan para penonton di dalam program HaHa HiHi ini ialah Dato AC Mizal, Kumpulan Shiro, Kumpulan R2, Shuk (Kumpulan Balas), Jihan, Mamat dan Arin serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Indonesia seperti Kumpulan Saywho, Fuad, Cacing dan Endah.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata,

“Industri komedi kini dilihat sebagai salah satu industri seni yang serius sejajar dengan perkembangan bidang seni yang lain seperti lakonan, tarian dan nyanyian. Perkembangan drastik dalam bidang komedi dan lawak jenaka ini membuatkan kami terpanggil untuk membawakan sebuah program baru berkonsepkan sketsa komedi.

Bagi menyuntik lebih kesegaran kepada intipati rancangan ini, kami gabungkan pelawak-pelawak dari Malaysia dan Indonesia yang berbakat besar di dalam bidang ini untuk berkolaborasi idea dan menyatukan buah fikiran dalam menyampaikan kandungan komedi yang pastinya menghiburkan. Ini adalah seiring dengan prinsip kami yang sentiasa komited dalam menghidangkan kandungan yang berkualiti kepada para penonton Astro.”

“Kami melihat program ini berpotensi untuk menjadi sebuah lagi program yang akan menjadi tarikan kepada para penonton. Sehubungan dengan itu, sejajar dengan arus teknologi moden masa kini, kami menggunakan pelbagai platform media baru seperti laman sosial dan sebagainya untuk mendekatkan lagi para pelanggan Astro dengan program ini.

Diharapkan agar program Haha Hihi ini dapat diterima baik oleh para penggemar rancangan komedi seantero nusantara dan semoga rancangan ini akan menyerikan hari-hari anda dengan gelak tawa serta memberikan hiburan kepada anda sekeluarga.

Selain itu, kami juga yakin melalui kolaborasi dua negara serumpun ini dalam penggabungan budaya dan bahasa, kita dapat mengeratkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin. Mungkin terdapat sedikit perbezaan bahasa yang digunakan oleh sahabat-sahabat kita dari negara jiran ini, namun kami percaya sesiapa sahaja dapat memahami apa yang cuba disampaikan di dalam program ini dengan menggunakan ‘bahasa komedi’ yang bukan sahaja sarat dengan jenaka tetapi turut diselitkan juga mesej dan juga nilai murni yang berguna,” tambah Nizam lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan program HaHa HiHi pada setiap hari Khamis bermula daripada 20 Jun 2013, jam 10.00 malam secara eksklusif di Saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Dayang Nurfaizah di The Venue Pavilion KL

Sebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva Ditunda