Terbaru, Ferhad telah menghiburkan lebih 500 penonton di persembahan Minggu Setiausaha anjuran Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada 18 April lalu. Bulan Mei depan pula, Ferhad akan mengadakan showcase Sunday Nite Live di Planet Hollywood pada 20 dan 29 Mei. Orang kata, itulah rezeki anak. Bapa kepada Idries Gilani ini berkata, album terbarunya akan berada di pasaran pada bulan Jun. Dengan pengurusan terbaru (Beyond DBB Event), harapnya dapat mengembalikan semula kegemilangan Ferhad dalam industri muzik tanahair.
Sana sini, kita dengar penyanyi kita dapat perform sempena Minggu Setiausaha. Minggu depan, Dayang Nurfaizah akan menghiburkan para setiausaha di Planet Hollywood pada 24 dan 26 April.
Apa yang saya dengar, semua meja sudah habis ditempah. Nama Dayang dan Planet Hollywood memang macam isi dan kuku. Setiap tahun mesti Dayang perform di sana. Pada 12 April lalu, Salamiah Hassan telah beraksi di Theatre Restaurant, Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
Selain itu, Ziana Zain juga tidak ketinggalan menghiburkan setiausaha di Hotel Quality Shah Alam. Apa yang saya dengar, Ziana terlupa lirik dan hilang suara. Alamak kantoi. Yelah, kena faham la sikit. Orang dah lama. Nak nyanyi lagu nada tinggi-tinggi susah sikit. Nampaknya, lepas ni album Ziana banyak irama lagu yang lebih rileks sedikit.
Siaran Melodi Ahad lalu ada menyiarkan cerita pasal Datuk Yusof Haslam menghentikan drama Sembilu Kasih. Digambarkan seperti berhenti makan sebelum kenyang?
Tindakan ini tidak patut dihentikan ketika rating drama itu semakin meningkat. Buat apa dihentikan?
Ada masalah dalaman atau sekadar kejutan buat penonton? Atau sudah ketandusan idea untuk bikin skrip yang lebih membina? Ops!