in

Sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng

SITKOM ANGGUK-ANGGUK GELENG-GELENG MULAI 18 MEI 2009 DI RTM

Sitkom terbitan Unit Hiburan TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), sememangnya memiliki pengikutnya tersendiri di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia seperti sitkom Salam Pantai Timur yang sehingga kini masih segar di ingatan penonton setia RTM.

Apatahlagi di samping membuatkan penonton terhibur dengan gelagat-gelagat watak yang di ketengahkan, ia tidak lari daripada mengetengahkan isu kekeluargaan, masalah sosial remaja, dan kemasyarakatan ini cuba untuk menyampaikan satu kritikan sosial dalam bentuk komedi.

Begitu pun terbaharu RTM mengajak penonton berhibur menerusi sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng mulai 18 Mei 2009, setiap hari Isnin, jam 8.30 malam di TV 2 dengan telatah pelakon seperti Sabri Yunus (Zakaria/Ayah), Khatijah Tan (Kiah Kasui/Emak), Along Cam (Dino/Abang) dan Nadia (Dina/Adik) serta dibantu oleh Imuda, Zami Ismail, Abon, Ayie, Ebby Yus dan Angeline Tan.

Memaparkan drama komedi kekeluargaan dalam 30 minit siarannya, plot sitkom ini mengisahkan situasi yang berlaku dalam sebuah keluarga dalam membesarkan anak-anak yang meningkat remaja dalam mengharungi kehidupan dibandar. Selain memerlukan kesabaran dan hemah yang betul agar anak-anak dapat dibentuk sebaik mungkin.

Justeru menerusi episod pengenalannya 18 Mei ini, penonton dapat menyaksikan tajuk Abang Jadi Hero mengenai watak Dina yang diminta untuk menyediakan satu karangan mengenai perkara yang paling dibanggakan pernah dilakukan dalam kalangan ahli keluarga. Namun ayahnya telah membuat cerita dengan menyatakan bahawa dirinya pernah menyelamatkan seorang mangsa ragut.

Sementara itu watak Emak pula amat risau dengan perubahan sikap Dino yang kerap pulang lewat ke rumah dan mula berkawan dengan budak-budak nakal. Ayah telah meminta pak cik Jay untuk menasihati abang. Dino mula berkawan dengan Umar setelah Umar menemui telefon bimbit Dino yang hilang. Manakala Umar yang merupakan seorang bekas banduan sering diburuk-burukkan oleh Jenal yang merupakan rakan sekerjanya disebuah pusat sukan dimana Jenal selalu mengadu Umar selalu membuat masalah.

Begitu pun kenyataannya, Jenal sebenarnya yang membuat masalah dengan mencuri peralatan-peralatan di pusat sukan, telefon bimbit dan lain-lain. Pada suatu malam, Abang berjaya menangkap Jenal yang mencuri di pusat sukan tersebut. Abang telah membuat satu karangan mengenai kisahnya yang berjaya menangkap pencuri dan dirinya sebagai hero. Abang mendapat pujian daripada gurunya namun Kak Kiah tetap dengan egonya tidak mengakui anaknya seorang hero.

Adakah Dino berjaya mengembalikan kejayakinan Kak Kiah terhadapnya? Ikuti episod seterusnya dalam drama komedi Angguk-Angguk Geleng-Geleng setiap hari Isnin, jam 8.30 malam di saluran Dunia Ria, TV 2.

Angguk-Angguk Geleng-Geleng diterbitkan oleh Hajah Shamshuriah s.Anwar, Unit Hiburan TV, RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beauty and The Geek

Gambar Rekaan Nik Erwan Roseli di Fiesta Fesyen Kuala Lumpur