Menceritakan dengan lebih lanjut, individu tersebut berkata dia dikejutkan anak lebih kurang jam 4 pagi. Anak memberitahu dia bermimpi tiba di sebuah tempat yang sangat cantik. Di dalam mimpi itu, dia ternampak seorang perempuan duduk di atas kerusi. Kelihatannya seperti perempuan itu baru sahaja sampai kerana keadaannya yang terpinga-pinga melihat sekeliling.
Tidak lama kemudian, si anak melihat perempuan itu diserbu ramai kanak-kanak. Wajah kanak-kanak itu kelihatan seperti anak-anak Palestin. Si anak ada bertanyakan nama perempuan itu dan dia menjawab namanya ‘Sarah’. Mereka kemudiannya berjalan melihat keindahan tempat tersebut. Kata si anak, keadaan di situ sangat seronok dan mereka ada minum susu.
Selepas menceritakan mimpi itu, si anak bertanyakan ibunya adakah dia mengenali ‘Sarah’. Si ibu kemudiannya menunjukkan foto Siti Sarah melalui hasil carian di Youtube. Selepas ditunjukkan kepada anak, si anak mengakui itulah perempuan yang ditemukannya di dalam mimpi.
Menurut Shuib, dia sendiri tidak pasti sama ada kisah mimpi itu benar ataupun tidak. Namun, dia masih lagi menyimpan pesanan suara yang dihantar individu itu kepadanya.
Di dalam satu potongan video daripada sesi online meet ketika bacaan Yassin, Shuib telah menceritakan bagaimana seorang kanak kanak yang tidak pernah mengenali arwahh Siti Sarah berjumpa di dalam mimpi.
Menurut Shuib, ibu kepada kanak kanak tersebut memberitahu dia dikejutkan anak lebih kurang jam 4 pagi. Anak memberitahu dia bermimpi tiba di sebuah tempat yang sangat cantik. Di dalam mimpi itu, dia ternampak seorang perempuan duduk di atas kerusi. Kelihatannya seperti perempuan itu baru sahaja sampai kerana keadaannya yang terpinga-pinga melihat sekeliling.
Tidak lama kemudian, si anak melihat perempuan itu diserbu ramai kanak-kanak. Wajah kanak-kanak itu kelihatan seperti anak-anak Palestin. Si anak ada bertanyakan nama perempuan itu dan dia menjawab namanya ‘Sarah’. Mereka kemudiannya berjalan melihat keindahan tempat tersebut. Kata si anak, keadaan di situ sangat seronok dan mereka ada minum susu.
Selepas menceritakan mimpi itu, si anak bertanyakan ibunya adakah dia mengenali ‘Sarah’. Si ibu kemudiannya menunjukkan foto Siti Sarah melalui hasil carian di Youtube. Selepas ditunjukkan kepada anak, si anak mengakui itulah perempuan yang ditemukannya di dalam mimpi.
Menurut Shuib, dia sendiri tidak pasti sama ada kisah mimpi itu benar ataupun tidak. Namun, dia masih lagi menyimpan pesanan suara yang dihantar individu itu kepadanya.
‘Budak Lelaki Mimpi Arwah Diserbu Kanak-Kanak Palestin’
Mimpi seorang kanak-kanak lelaki bertemu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di kawasan yang indah membuatkan suaminya, Shuib Sepahtu terpaku.
Dalam hati, Shuib berkata, satu persatu perkara yang Allah tunjukkan setiap hari selepas pemergian arwah, pagi Isnin lalu.
Shuib mendedahkan, dia tersentuh menerima nota suara wanita tidak dikenali menerusi seorang rakan ketika hatinya sarat menanggung kerinduan terhadap arwah.
Menerusi nota suara itu, katanya, ibu berkenaan bercerita anaknya bersama arwah dalam mimpinya.
“Jujurnya, saya takut nak bercerita, risau dikatakan berlebihan berkongsi kebaikan arwah. Namun, saya kongsi juga kerana saya percaya Allah hendak tunjuk satu demi satu kebaikan supaya kita percaya amal baik dan sedekah.
“Mulanya, saya fikir solat ghaib jenazah di Masjidil Haram, Makkah atas usaha insan tidak dikenali adalah klimaks membuktikan arwah seorang luar biasa.
“Hari ini (semalam) saya terima satu nota suara ini. Ketika itu, saya amat merindui, keadaan saya ‘koyak’ teruk sambil menangis duduk atas kerusi yang arwah suka duduk, setiap pagi.
“Ia adalah nota suara seorang wanita yang menceritakan mimpi anaknya. Wanita ini beritahu anaknya mengejutkannya jam 4 pagi semalam (kelmarin) untuk menceritakan mimpinya,” katanya.
Dalam mimpinya, Shuib berkata, kanak-kanak lelaki itu sampai ke satu tempat indah, di mana tidak pernah melihat kawasan secantik itu.
“Dia nampak seorang kakak baru sampai, seperti terpinga-pinga melihat sekeliling dan duduk atas kerusi. Kemudiannya, ada ramai kanak-kanak datang menyerbunya.
“Anak itu beritahu kenal kanak-kanak menyerbu kakak berkenaan, itulah kanak-kanak Palestin. Ketika dikelilingi kanak-kanak Palestin, dia sempat berbual dengan kakak ini.
“Kakak ini memberitahu namanya Sarah. Kemudiannya, mereka membawa kakak ini berjalan-jalan melihat kawasan sambil naik dan minum lembu susu bersama,” katanya.
Katanya, kanak-kanak lelaki itu melihat kakak berkenaan sangat seronok, wajahnya penuh kegembiraan.
“Anak itu bertanya pada ibunya, adakah mengenali kakak bernama Sarah. Wanita beritahu, mengenali seseorang bernama Sarah, tetapi tidak pernah menemui, hanya melihat di kaca televisyen.
“Lantas, wanita ini terus membuka telefon bimbit dan menunjukkan video arwah dalam YouTube. Anak itu terus beritahu, inilah kakak yang ditemuinya.
“Jujurnya, saya terkedu apabila mendengarnya dan sehingga kini, menyimpan nota suara itu,” katanya.
Dedah Shuib, dia sebenarnya tidak tahu arwah terbabit dalam program ibadah korban di Gaza.
“Mulanya, arwah meminta saya bertanya program ibadah korban di Gaza kepada Noh Salleh. Namun, arwah berhenti bertanya soal itu.
“Dalam diam, arwah buat sendiri dan saya tidak tahu ibadah korban yang dibuat di Gaza. Arwah ada juga buat ibadah korban di Puchong.
“Saya pernah dengar, apabila melakukan ibadah korban, tunggangan kita di akhirat nanti adalah haiwan dikorbankan seperti lembu.
“Jadi, mimpi diceritakan wanita ini membuatkan saya terfikir soal amalan arwah,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan Allahyarham Siti Sarah menyertai program ibadah korban di Gaza yang mana seekor lembu dibayar dengan harga belasan ribu ringgit.
Tidak hanya itu, Shuib berkata, dia terkedu menerima video daripada pengurus arwah, Nana Mohammad Rom mengenai sekolah agama di Bandung, Indonesia yang membabitkan lebih 450 anak-anak yatim dan tahfiz mengadakan majlis tahlil buat arwah.
“Saya tidak pernah minta mereka berbuat demikian. Jadi, pengajaran boleh diambil adalah amalan arwah. Allah mahu tunjuk kepada kita untuk mencontohinya. Wallahualam,” katanya.
Shuib berkongsi cerita selepas majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah, semalam.
Majlis itu diketuai oleh Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada pendakwah bebas, Uztaz Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Ustaz Shahrizan.
Ia turut disertai rakan artis seperti Ziana Zain, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Datuk Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Achey, Adira Suhaimi, Hafizul Kamal dan bapa arwah, Raissuddin Hamzah.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
Surah Amalan Shuib & Siti Sarah Setiap Hari
Cemburu pada cara pemergian almarhumah.
Saya pasti ramai yang mencemburui cara pemergian almarhumah @sitisarahraissuddin pulang kehadrat Ilahi. Banyak kebaikan beliau yang disembunyikan yang sudah terbongkar dan pasti ada lagi yang beliau berjaya simpan sehingga kita nampak begitu mulia cara beliau dipanggil pulang.
Antara amalan yang dikongsi, selain menjadi isteri solehah yang diredhai suami dan perbanyak bersedekah, ialah bangun pagi, subuh dan tidak tidur sehingga dhuha, dan amalkan bacaan surah Al- waqiah setiap hari. Beliau sangat meyakini amalan ini, dan benarlah Allah sepertimana sangkaan hambaNya. Di dalam perkongsian live Shuib mengenai perkongsian perasaan selepas pemerg!an isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin, Shuib menyatakan setiap hari pagi dan malam pasangan suami isteri ini akan memasang surah al waqiah untuk didengari dan dibaca. Shuib berpesan tidak apa sekiranya tidak pandai membacanya, pasang dan dengar setiap hari, insyaallah lama-kelamaan akan pandai baca.
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan berbuat amal. Jangan kita hanya cemburu, kita ikuti kebaikan2 yang disampaikan, amalkan, niat untuk menghafal Al quran, dan panjangkan pada sesiapa sahaja yang kita mampu.
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat agar diri dapat berhijirah ke arah kebaikan ,yang penting kita pastikan apa yang kita sampaikan itu sahih, bukan berniat untuk berbalah, atau berniat untuk riak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati hamba- hambaNya.
*Sumber: Berita Harian