in , ,

Siti Saleha & Zizan Raja Lawak dalam Cintaku 120KM/J

Siti Saleha & Zizan Raja Lawak BAKAL HANGATKAN MALAM AIDILFITI DENGAN ‘CINTAKU 120 KM/J’

Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri dan sempena sambutan kemerdekaan 31 Ogos 2011, Excellent Pictures menyediakan sebuah telemovie hebat lakonan Zizan Razak, Siti Saleha, Izzu Islam, Wawa Zainal, dalam ‘Cintaku 120 KM/,’ ditayangkan pada malam sambutan Aidilfitri di TV3.

Menurut Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, kali pertama terlibat dengan sebuah telemovie sempena sambutan Aidilfitri adalah sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya. Ditambah pula dengan sebuah team produksi yang mantap, Zizan menjanjikan, “Cintaku 120 KM/J’ merupakan sebuah telemovie komedi aksi yang wajib ditonton.

‘Ianya bermula apabila saya membaca skrip telemovie ini. Ianya cukup menarik dan langsung saya tertawa. Ditambah pula, ianya berdasarkan sebuah ‘pilot’ idea asal Ahmad Idham, Cat Farish yang dihasilkan pada tahun lepas, menjadikan saya langsung menerima tawaran untuk berlakon dalam karya ini,’ jelas Zizan ketika ditemui di lokasi pengambaran di Shah Alam, baru-baru ini.

Cintaku 120KM/J

Kebiasaannya, karya-karya yang ditayangkan pada musim perayaan lebih meruntun jiwa, bagi Zizan, penonton wajib menonton ‘Cintaku 120 KM/J’ kerana ianya sebuah telemovie yang penuh dengan aksi ‘drift,’ perlumbaan kereta, aksi dan percintaan, yang semestinya member satu kelainan buat penonton.

Buat pemegang watak Asmina, Siti Saleha, pasukan produksi ‘Cintaku 120 KM/J’ cukup akrab dan ianya memberikan satu suasana cukup selesa buat dirinya dalam memberikan yang terbaik untuk telemovie ini.

Berkerjasama buat kali kedua, dengan pengarah bersama, Ahmad Idham dan buat kali pertama dengan pengarah, Azizi Ghazali, mengakui sedikit sebanyak ada masalah yang wujud dalam produksi seperti ini. ‘Tetapi, ianya seperti lumrah ketika pengambaran dan semuanya dapat diselesaikan. Tambahan pula, dengan adanya pelakon seperti Zizan dan Cat Farish di dalam produksi, ianya cukup memberikan keceriaan ketika pengambaran,’ jelas adik kepada penyanyi kumpulan Bunkface, Sam.

‘Selain itu, saya jumpa mampu melakukan aksi ‘drift’ dalam telemovie ini,’ tambah Siti Saleha lagi.

Pelakon baru yang semakin meningkat naik, Izzu Islam, kali pertama berlakon di bawah arahan Ahmad Idham merupakan satu pengalaman baru baginya.

Pernah terlibat dalam drama ‘Cita & Cinta,’ Izzu menjelaskan, ‘Saya cukup berterima kasih kepada Excellent Pictures dan abg Idham kerana member peluang ini. Ianya membuatkan saya cukup teruja, tambahan dapat berlakon bersama-sama dengan Zizan Razak dan Siti Saleha. Selain itu, selaku orang baru, saya akui memang agak gementar, namun, sokongan dari rakan artis, pengarah dan team produksi, membuat saya mampu memberikan yang terbaik.

Anak didik kepada Ahmad Idham, Azizi Ghazali berkata, kali pertama mengarah sebuah telemovie komedi adalah sesuatu yang sukar. ‘Jika sebelum ini tidak banyak masalah yang dihadapi ketika mengarah drama yang lebih serius dan ‘heavy,’ tetapi untuk ‘Cintaku 120 KM/J’ agak sukar. Namun, nasib baik, Ahmad Idham turun ke lokasi dalam membantu memberikan mood yang lebih baik untuk karya ini.’

‘Cintaku 120 KM/J’ mengisahkan Rahmat (Zizan Razak) yang berkerja sebagai pomen di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur. Dia sering membaiki kenderaan kepunyaan golongan berada, dan menyebabkan Rahmat sedar, cara untuk mengapai cita-cita adalah melalui pendidikan peringkat tinggi.

Ketika itu juga, Aril (Izzu Islam) kawan sekampung Rahmat dating untuk mencari pekerjaan, namun, dia lebih meminati dunia glamour. Bila bekerja di bengkel membaiki kenderaan, Aril hamper-hampir merosakkan kenderaan yang dihantar. Atas sebab itu, dia berhenti dan mencari pekerjaan lain.

Dalam pada itu, Zizie dan Shiela menjadi musuh mereka, terutamanya dalam bidang perniagaan, selain sering kalah dalam perlumbaan kereta.

Rahmat pula bagaikan tersepit di tengah, apabila dia bertemu semula dengan Asmina, kawan baik mereka dari kampung, yang juga merupakan bekas teman wanita Aril. Rahmat pernah jatuh hati dengan Asmina dahulu, tetapi memendamkan perasaannya sahaja, selepas Asmina dan Aril bercinta. Bagaimanapun, cinta monyet mereka itu terputus di tengah jalan, selepas Asmina melanjutkan pelajaran di KL. Dan kini, sejarah yang sama bagaikan hendak berulang sekali lagi.

Selepas datang ke KL, Aril mencari Asmina dan cuba menyambung cinta mereka. Tetapi, si Aril yang playboy itu bagaikan mahu menukar haluan apabila dia bertemu dengan Shiela. Tetapi, perbuatan Aril itu diketahui Asmina juga. Asmina tidak cemburu, malah berasa lega, kerana dia semakin tertarik dengan Rahmat. Rahmat juga mahu menyimpan perasaan yang sama terhadap Asmina, tetapi semakin hari, dia dapati, dia semakin sukar hendak melupakan Shiela – yang menyimpan banyak persamaan dari segi minat dalam bidang permotoran .

Bukan sahaja Rahmat terpaksa melawan rasa bersalahnya terhadap Aril, dia juga terpaksa bersaing dengan Raymond yang cuba mendapatkan cinta Shiela. Apabila Raymond mengetahui niat Rahmat ini, dia sengaja datang ke tempat kerja Raymond, memburuk-burukkan dan memandang rendah keupayaan dan latar belakang Rahmat.

Rahmat jatuh ke gaung depresi. Berkat bantuan Asmina, Rahmat menemui semula semangat jati dirinya. Dia semakin bersemangat melanjutkan pelajarannya di peringkat automotif. Semakin dia yakin pada dirinya sendiri, semakin dirinya yakin untuk mendapatkan cinta Shiela yang seolah-olah semakin terbuka memberikan peluang kepadanya. Tetapi, peluang dan keyakinan itu dihalang oleh perasaan bersalah Rahmat terhadap pengorbanan Asmina. Shiela semakin menjarakkan diri apabila merasakan dirinya sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.

Kemuncaknya tiba apabila Rahmat mendapat tahu Shiela membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada ketika itulah, Rahmat membuktikan cintanya selaju 120km/j, sehingga dia sanggup mengejar cintanya agar tidak lari dari dakapannya lagi, buat selama-lamanya.

Jangan lupa menyaksikan ‘Cintaku 120 KM/J’ lakonan hebat Zizan Razak, Siti Saleha, Izzu Islam, Wawa Zainal, Cat Farish, Azlan Kami dan ramai lagi, yang akan ditayangkan pada malam sambutan Aidilfitri tahun ini hanya di TV3.

Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
Cintaku 120KM/J
DSCF1604-1
DSCF1626-1
DSCF1670-1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pakej Bufet Berbuka Puasa di Hotel Equatorial Kuala Lumpur

Man Kidal Jemput Komposer Sumbang Lagu Untuk Aristokrat 360