Mereka menolak tekanan luar dan memilih menikmati hubungan mereka tanpa tergesa-gesa, menjauhi gesaan orang untuk segera berkahwin.
“Kami kawan, masih lagi kawan. Tiada apa yang boleh saya ungkapkan kali ini, kalau ada apa-apa perubahan mahupun perancangan saya akan beritahu semua.
Siti Saleha
“Biarlah semuanya berjalan dengan manis dan perlahan, kita tidak mahu tergesa-gesa dan saya tak ingin berasa tertekan.
“Walaupun dah lama kami berkawan dan tahu masanya juga sangat sesuai sekarang, tapi kena hati-hati, kalau berasa tertekan nanti jadi tak seronokâ€.
Masih dalam fasa bahagia, aktres berusia 35 tahun itu enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar jodoh mereka dipanjangkan ke fasa seterusnya.
“Hubungan kami sekarang dalam keadaan baik-baik sahaja, saya tidak mahu komen lebih, doakan kami moga dipermudah segalanya.
– Siti Saleha
“Sekali lagi, ini bukan tentang apa yang khalayak fikir tetapi lebih kepada soal hati dan perasaan.
“Sepatutnya dia juga datang hari ini tetapi bertindan pula jadual kerjanya dengan benda lain, jadi ya, doakan kami okey!,â€
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada tahun 2022 selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Akhir tahun tersebut, Siti Saleha yang mesra disapa Sally itu membuat pengakuan sedang mengenali hati budi Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton