Pada 23 November, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @IniAlannn yang merupakan salah seorang peminat tegar Tokti telah memuat naik video pendek daripada laman Instagram milik penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.
Video berkenaan menunjukkan Tokti sedang merakam nasi ayam yang diterima tetapi lain pula yang menjadi perhatian beberapa netizen.
Mereka mengatakan bahawa ternampak seperti baby bump di dalam video tersebut dan bersetuju bahawa ada kemungkinan TokTi kini sedang hamil anak kedua.
Cari perkara tersembunyi dalam ig story Tokti ni 🤰 pic.twitter.com/wS2Ycu3nAN
— Alan Al Padat (@IniAlannn) November 22, 2020
Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi Instagram story milik TokTi yang lain, juga menampakkan bayang-bayang bentuk badannya yang persis seperti sedang mengandung.
Rata-rata netizen berasa teruja dan tumpang gembira sekiranya perkara itu benar berlaku.
Mungkin ramai sudah mengetahui bahawa sebelum ini Tokti sangat aktif dalam sukan berbasikal tetapi semenjak dua menjak ini dia tidak lagi mengikuti suaminya, Datuk Khalid berkayuh bersama dengan team yang lain.
Perkara itu membuatkan ramai bersetuju dengan andaian yang diberikan tetapi berita itu masih lagi belum disahkan sendiri oleh tuan empunya badan.
Bukan itu sahaja, Aafiyah juga pernah banyak ‘kantoikan’ ibunya di dalam beberapa video dan memberi hint dia bakal mendapat adik tidak lama lagi.
Sekitar tahun 2018 yang lalu, Tokti ada menjalani kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan puteri sulung mereka iaitu Siti Aafiyah.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengharapkan untuk dikurniakan cahaya mata kedua.
Kalau betul la TokTi tengah pregnant sekarang, rasanya satu Malaysia pun akan gembira sama seperti beliau mengumumkan kehamilan pertamanya sebelum ini. Semoga doa ini dimakbulkan ya!