Lebih menarik, Siti yang kini muncul dengan single Kasihku Selamanya bakal menerima anugerah itu di hadapan tetamu jemputan terdiri dalam kalangan kerabat Diraja Arab.
Pengerusi Muslim World Rania Award, Dr Raja Laila Rani Raja Mohamad Abdullah berkata, pihaknya teruja apabila Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sendiri yang memilih penyanyi itu bagi menerima anugerah bertaraf antarabangsa itu.
“Rania Award diambil sempena nama Permaisuri kepada Raja Arab iaitu Raja Abdullah.
“Saya teruja apabila pihak OIC keseluruhannya memilih Siti untuk menerima anugerah ini. Siti bukan saja penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, malah dia juga adalah ikon wanita.
“Siti sentiasa berimej bersih, pandai membawa diri, menjaga penampilan sebagai muslimah serta usahawan yang berjaya. Jadi pemilihan ini cukup tepat buat Siti,”
– Dr Raja Laila Rani Raja Mohamad Abdullah
Bersempena dengan acara itu, turut diadakan Pameran dan Persidangan Muslim World Biz ke-9 bermula pada 4 hingga 6 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
Dalam pada itu, Muslim World Biz juga membuka peluang buat artis tempatan yang mempunyai produk tersendiri untuk membuka ruang perniagaan.
Antara yang mengambil bahagian adalah Azza Elite, Iesya Toh, Linda Rafar, Diana Rafar, Diana Danielle, Abby Abadi, Yatt Hamzah, Datin Almy Nadia dan ramai lagi.
Fynn Jamal juga antara selebriti yang diundang untuk memberi ceramah di hadapan delegasi luar negara.
Pada majlis itu juga, penyanyi dan aktivis masyarakat, Helmi juga akan membuat persembahan bermesejkan Save Gaza.