Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mencatat sejarah tersendiri apabila lagu nyanyiannya Anta Permana mendapat pengiktirafan 11 platinum dengan lebih 14 juta tontonan di laman YouTube.
Ratusan peminat berhimpun di PWTC, Kuala Lumpur pada Sabtu malam, 18 Mei 2019 untuk berbuka puasa bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza, sempena bulan Ramadan yang mulia. Ia juga bagi meraikan kejayaan penyanyi ikonik itu menerima Legend Award daripada Universal Music Malaysia.
“Melihat perkembangan Dato’ Siti daripada ‘Fragmen’ sehinggalah album terbaharu bersama kami, ‘Simetri Siti’, adalah perjalanan yang menakjubkan. Terlalubanyak pencapaian dilakukannya sejak kehadirannya dalam keluarga Universal Music Malaysia 6 tahun lalu,pada 2014,”
– Kenny Ong, Pengarah Urusan Kumpulan Universal Music Malaysia, Singapura & IndoChina
Single ‘Anta Permana’ meraih 11 x Platinum, dengan lebih 14 juta tontonan di YouTube. Selain itu, single-single beliau seperti ‘Comel Pipi Merah’, ‘Cinta Syurga’ & ‘Mikraj Cinta’ turut menyaksikan jumlah jualan yang memberangsangkan di semua saluran muzik digital.
Selain melakar rekod bagi setiap album & single beliau, Dato’ Siti turut mengukuhkan cengkaman di Spotify, apabila muncul sebagai ‘Malaysia’s Most Streamed Local Artist’ selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2017 & 2018.
“Bekerja bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pihak pengurusan beliau, Siti Nurhaliza Productions adalah pengalaman yang menakjubkan. Selama bertahun-tahun bersama, beliau profesional dan sangat mudah untuk bekerja dengannya. Bakat dan profesionalisma yang ada pada beliau adalah sesuatu yang sangat berharga buat kami. Kami berbangga untuk menyampaikan Legend Award kepada Dato’ Siti,”
– Kenny Ong, Pengarah Urusan Kumpulan Universal Music Malaysia, Singapura & IndoChin
Kata Siti, ia adalah hadiah yang sangat bermakna buat diri dan kariernya sejak kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac tahun lalu.
“Ribuan terima kasih kepada keluarga Universal Music Malaysia yang memberi penghormatan ini kepada saya. Universal Music Malaysia selalu menyokong perjalanan karier saya, sekali gus banyak membantu pertumbuhan kerjaya saya dari pelbagai aspek.”
“Alhamdulillah, ini adalah salah satu daripada pencapaian yang diraih bersama pihak Universal Music. Selama bekerjasama, mereka banyak membantu dari segi penjualan album dan lagu saya termasuklah menerusi platform digital.
Beberapa lagu hits saya menerima pengiktirafan platinum dan ia menunjukkan petanda yang positif untuk kerjaya saya. Syukur atas segala pengiktirafan ini,”
– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Anugerah diberikan kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza
1. Kategori Single:
Anta Permana (11x Platinum)
Comel Pipi Merah (4x Platinum)
Cinta Syurga (Gold)
Mikraj Cinta (Platinum)
2. Kategori Album:
SimetriSiti (Gold Award)
3. Universal Music Malaysia: Legend Award
Pengiktirafan bagi:
Jualan Fizikal & Digital bagi Album:
- Fragmen (3x Platinum)
- Unplugged (Gold)
- Simetri Siti (Gold)
Jualan Digital bagi Single:
- Anta Permana (11x Platinum)
- Comel Pipi Merah (4x Platinum)
- Cinta Syurga (Gold)
- Mikraj Cinta (4x Platinum)
Anugerah Khas
- Spotify Most Streamed Local Artist Award 2017 & 2018
- Artis tempatan yang paling banyak di strim pada tahun 2017 & 2018 oleh platform muzik digital, Spotify.