Penyanyi popular, Dato’ Siti Nurhaliza telah meminjam suaraknya untuk Kempen Kesedaran Kanser Payudara sempena Bulan Pink October anjuran Gleaneagles Kuala Lumpur.
Siti Nurhaliza tak menyanyikan lagu tema yang khusus untuk kempen ini itu tapi apa yang pasti, Budiey difahamkan beliau akan terlibat untuk buat persembahan sempena kempen ini yang bakal diadakan pada 30 November, Grand Hyatt Hotel jam 9 malam. Sementara itu, satu persembahan juga akan dipersembahkan di Pink Jazzy Affair yang akan diacarakan oleh pelawak terkenal Harith Iskandar dan juga akan menampilkan penyanyi Atilia Haron dan seorang penyanyi dari Amerika Syarikat bergelar Donne Ray yang terkenal dengan lagu Only You.
Gleaneagles Kuala Lumpur juga mensasarkan untuk mengumpula dana sebanyak RM100,000 untuk Breast Cancer Awareness melalui sebuah jamuan makan malam amal yang akan melibatkan penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.
Justeru itu, pada jam 3 petang ini, satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkan tentang penglibatan Siti Nurhaliza untuk memberikan kesedaran kepada wanita tentang penyankit barah payudara. Selain dihadiri oleh CEO GKL iaitu Amir Firdaus Abdullah, majlis sidang media ini juga pastinya dihadiri oleh Siti Nurhaliza dan penyanyi yang terlibat.