in , ,

Siti Nurhaliza Rakam Semula Lagu TERATAI MENJELMA Nyanyian Sudirman

Akhirnya penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin meredakan keresahan Sitizoners dengan melancarkan album terbaharu yang diberi nama sebagai sebagai ManifestaSITI2020 pada 3 Julai ini.

Hampir empat tahun membiarkan peminat-peminat Siti Nurhaliza menanti buah tangan terbaharu. Memang lama jugak 4 tahun kot! Dalam tempoh itu, peminat juga rindu Tokti tampil di ABPBH sebagai pemenang. Pengumuman dibuat oleh penyanyi yang berasal dari Pahang ini di laman Instagramnya.

ManifestaSITI2020 memuatkan 11 buah lagu termasuk lagu Anta Permana, 7 Nasihat dan single terbaharunya Basyirah ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik Ahmad Fedtri Yahya.

siti-nurhaliza

Siti Nurhaliza Rakam Semula Lagu Teratai Menjelma nyanyian Sudirman dalam ManifestaSITI2020

Apa yang paling istimewa dalam album kali ini juga, Siti Nurhaliza turut memberi nafas baru lagu nyanyian penghibur kesayangannya, Allahyarham Datuk Sudirman iaitu Teratai Menjelma.

Menurut pengurus penyanyi itu, Rozi Abdul Razak, lantaran genre pop sangat kental dan sebati dengan Siti Nurhaliza, maka konsep album ManifestaSITI2020 masih tidak lari daripada aliran berkenaan.

Tokti telah membuatkan ramai peminatnya tidak senang duduk apabila memuat naik satu video ‘teaser’ mengenai album terbarunya. Video berkenaan dimuat naik menerusi satu posting di Instagramnya

Siti Nurhaliza Rakam Semula Lagu TERATAI MENJELMA Nyanyian Sudirman

Sedari titik mula, ekspresi yang bertitik tiada.Berpijak langkah di jalan adanya, derapan terdengar membelah angkasa.

1996-2020.

24 tahun di dalam industri, penuh manisfestasi, mengalir tiada titik henti, mengukuhkan paksi, mengakar seutuh kersani. #ManifestaSITI2020 @RasafilmCo

Posting tersebut kemudian membuatkan netizen teruja khussnya peminat penyanyi nombor satu negara itu sendiri. Rata-rata menganggap kemunculan album terbaru Tok Ti sebagai mengubat kerinduan mereka.

Tidak cukup dengan itu, hashtag #ManifestaSITI2020 telah pun trending di Twitter biarpun album berkenaan belum dilancarkan.

Untuk rekod, kali terakhir Tok Ti mengeluarkan album adalah pada tahun 2017 menerusi SimetriSiti.

‘Untuk album ini, kita masih mengekalkan konsep pop tetapi akan ada satu lagu lama yang akan diberi nafas baharu,”

– ROZI SANGDEWI

Menurut Rozi, album ini merupakan terjemahan Siti Nurhaliza berhubung perjalanan kariernya menuju tahun 2020 yang sudah enam bulan berlalu.

“Ini adalah manifestasi Siti Nurhaliza sendiri, apa yang dia nak, apa yang dia ingin suarakan, apa yang dia ingin zahirkan jadi album ini adalah keseluruhan manifestasi untuk tahun 2020,”

– ROZI SANGDEWI

Antara komposer yang terlibat dalam album terbaharu ini ialah Hael Husaini, Ezra Kong, Ippo Hafiz, Melly Goeslaw, Aubrey Suwito dan juga Ryan Kyoto dari Indonesia.

Album terbaharu Siti Nurhaliza yang akan dilancarkan pada 3 Julai ini boleh didapati secara digital dan juga dalam talian.

Budiey pun sama dengan peminat Tokti yang lain jugak, tak sabar dah nak dengar kesemua lagu yang terkandung dalam album terbaharu ni. Nanti ada la tu peminat yang akan buat video reaction di Youtube atau di IG. Yang penting kita pun nak baca juga review dari pengulas album ni.

Semoga segalanya berjalan lancar diucapkan buat Tokti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah

Single LELAKI DI TELEFON Nyanyian Afieq Shazwan Popular di TikTok