Budiey ingin memetik berita gossip yang disiarkan di Harian Metro tentang khabar angin yang TIDAK BENAR mengatakan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid akan berpindah ke rumah bekas isteri Datuk K:
SETIAP wanita mengimpikan hidup bahagia dalam kehidupan serba serbi sempurna. Apabila berkahwin, mahu punya anak serta punya mahligai indah bersama suami bahagia hingga akhir hayat. Kalau dalam filem Hindustan, kita akan kagum dengan mahligai indah keluarga kaya yang ditampilkan hingga memasang angan-angan memiliki rumah seperti itu. Dalam hal ini, SS cemburu dengan penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza. Ada yang kata Siti dihadiahkan rumah mewah bernilai jutaan ringgit oleh suami tercinta tapi dinafikan oleh Siti.
Terbaru, SS dengar Siti akan berpindah ke rumah mewah yang pernah dihuni suami dan bekas isterinya. Mungkin Siti dan suami rasa lokasi rumah itu paling sesuai. Suami sukakan rumah itu. Maklumlah, rumah mewah itu dulu dibina suami untuk isteri tercinta tetapi jodoh mereka tidak panjang. Demi kasih pada anak-anak dan menghargai pengorbanan bekas isteri selama ini, rumah itu diserahkan kepada bekas isteri.
Tapi SS dengar, apalah gunanya mahligai indah itu kalau ia sunyi sepi tanpa gelak tawa anak-anak. Mereka kini makin dewasa dan belajar di luar negara. Ini juga tentunya peluang paling baik untuk pasangan ini berpindah ke rumah ini. Malah SS difahamkan, bekas isterinya sudah berpindah dan menyewa rumah lain. Kalau benarlah cerita yang SS dengar ini, memang bertuah Siti. Dulu Siti dikatakan pernah meluahkan rasa kagumnya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke rumah itu.
Tapi kini penyanyi Ku Mahu itu boleh tinggal di rumah itu. Sudah tentu suami Siti cuba memberikan apa yang diingini isterinya. Tambahan pula, anak juga rapat dengan ibu baru dan mereka boleh tinggal bersama-sama. Kalau cerita ini tidak benar, SS minta ampun banyak-banyak dengan Siti tapi sumber SS ini beriya-iya mengatakan berita ini bukan rekaan semata-mata.
Sumber dari Gua.com.my kata:
Jumaat lalu di dalam ruangan Soseh-Soseh, Harian Metro, telah dilaporkan khabar angin bahawa Siti dan suami akan berpindah ke rumah bekas isteri Datuk K. Selepas disiarkan berita itu, ramai yang menuduh Siti and suami bertindak kejam. Datuk K hari ini menjelaskan kepada Harian Metro yang perkara itu tidak pernah berlaku.
Menurutnya, rumah di Bukit Antarabangsa itu kini tidak ramai penghuni. Yang tinggal hanya bekas isteri dan dua orang anaknya. Oleh itu, anak sulungnya Muhammad Anas Zawawi mencadangkan agar ibunya berpindah ke rumah yang lebih sederhana tetapi selesa.
Tambah Datuk K, dia sedang membina sebuah rumah untuk Siti. Dan sejak awal lagi Siti sudah memberitahunya yang dia tidak mahu tinggal di rumah di Bukit Antarabangsa kerana selesa di kediamannya sekarang ini.
Budiey: Rasanya ni dah macam salah anggap la, sebenarnya Datuk Khalid nak buat rumah untuk Siti. Jadi, mereka akan berpindah ke rumah baru. Bukan nak berpindah ke rumah bekas isteri. Dalam pada masa yang sama, mungkin ada yang dengar cerita bahawa bekas isteri Datuk K mahu berpindah ke rumah lain. Mmm… macam-macam cerita!
Cakap pasal bekas-bekas nih, teringat Budiey tentang cerita seorang kawan kita ni. Masalah utama dia sekarang ialah selalu termenung dan masih rindu kenangan bersama si dia walaupun sedaya upaya dia nak lupakan. Semalam lak, kawan kita ni cerita lagi yang dia ni tak boleh tidur malam sebab masih teringat kat bekas kekasih dia tu. Kesian betul! Tapi pagi esoknya, entah mimpi apa, si bekas kekasih dia ni ada hubungi dia… mmm… camna tuh? Korang ni pun satu hal jugaklah. kalau dah putus tu, putuslah, tak payah nak berhubung lagi kan? Tapi apa-apa pun yang pentingnya, walaupun korang ni dah jadi bekas… tapi masih boleh berkawan macam biasa. Cuma dah tak rapat macam dulu.
[tags]harian metro, berita siti nurhaliza, utusan malaysia, konsert ct singapura, esplanade, gua.com.my, Esplanade Theater On The Bay, katon bagaskara, konsert diari hati, konsert akustik siti nurhaliza, datuk k halau bekas isteri, tengku zawiyah, siti nurhaliza pindah rumah[/tags]