Semalam, menerusi Instagram penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berlangsungnya sesi siaran langsung Insta-Live yang diadakan hampir setiap hari yang mana Siti akan meluangkan masa berkongsi kisah dan menyanyi buat tatapan peminat-peminatnya.
Gamit Memori AIM2004
Istimewanya Insta-Live kali ini, Siti telah bersiaran langsung bersama penyanyi Liza Hanim yang mana kedua-dua penyanyi bersuara lunak ini telah berduet menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hollywood Mariah Carey berjudul My All.
Tadi Tokti duet dengan Liza Hanim lagu My All masa tengah live instagram!!!! OMG!! OMG!! Sedap gila wehhh!! Arghhhhhhh pic.twitter.com/BLV9SpVrgC
— JUST STAY AT HOME! DUDUK DIAM-DIAM (@IniAlannn) April 12, 2020
Meskipun berjauhan dan menyanyi secara spontan, rata-rata mereka yang menonton sesi Insta-Live tersebut memuji paduan suara kedua-dua penyanyi ini selain turut beranggapan duet tersebut mengimbau kembali memori Anugerah Industri Muzik 2004 (AIM2004)
Tarik Perhatian Dunia
Sebagai info, pada AIM2004 selain Siti dan Liza, beberapa penyanyi lain seperti Ning Baizura, Siti Sarah, dan Misha Omar turut digandingkan bersama mendendangkan lagu My All yang telah digubah kepada Bahasa Melayu.
Menariknya lagi, gandingan 5 penyanyi popular ini pernah mendapat reaksi dan komen positif daripada penyanyi dan guru vokal dari luar negara yang mengulas duet mereka menerusi akaun YouTube masing-masing sekali gus mengangkat nama-nama penyanyi Malaysia ini di mata dunia.
Sumber: Murai & IG Live ctdk & Liza Hanim