Tahniah Dato’ Siti, Seluruh Sitizoners mengucapkan syukur pada malam ni. Semoga kandungan sihat dan dikurniakan anak yang soleh solehah. Amin. PENYANYI tersohor Datuk Siti Nurhaliza mengesahkan dia kini hamil empat bulan.
Ini antara kenyataan beliau kepada media:
Pertamanya, Setelah Melalui Fasa Dan Tempoh Tertentu, Saya Dan Suami Mencapai Kata Sepakat Untuk Mengumumkan Kepada Anda Semua Bahawa Saya Sedang Hamil Empat Bulan.
Alhamdulillah, Tiada Kata Yang Dapat Menggambarkan Rasa Syukur Dan Gembiranya Kerana Allah Memberikan Kurniaan Yang Terlalu Agung Ini Selepas 11 Tahun Kami Bersabar. Inilah Juga Menjadi Sebab Utama Kenapa Saya Memilih Untuk Berehat Kerana Kandungan Dan Bayi Ini Menjadi Keutamaan Saya.
2. Tujuan Saya Membuat Pengumuman Dan Penjelasan Ini Juga Adalah Supaya Pihak Yang Berurusan Dengan Pengurusan Saya, Snp Memahami Keadaan Saya Yang Tidak Dapat Memenuhi Sebarang Undangan Sejak Beberapa Bulan Lalu Dan Juga Untuk Suatu Tempoh Pada Masa Depan. Suka Untuk Saya Kongsi Rasa Syukur Dan Gembira Kerana Saya Masih Diberi Menerima Undangan Untuk Mengadakan Konsert, Persembahan, Kemunculan Di Televisyen Dan Radio Serta Menjadi Jurucakap Kepada Pelbagai Produk. Sayang Sekali, Kebanyakannya Tidak Dapat Saya Penuhi. Bagaimanapun, Saya Juga Harus Melunaskan Beberapa Tugasan Juga Selepas Ini Yang Bersesuaian Dengan Keadaan Saya.
3. Semoga Dengan Penjelasan Saya Ini, Segala Tanda Tanya Dan Desas Desus Selama Ini, Telah Terjawab Kerana Saya Memutuskan Untuk Berehat Disebabkan Oleh Kehamilan Sulung Ini.
Siti yang ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran di kediamannya di Ampang, malam tadi berkata, dia bersyukur disahkan hamil selepas mengalami keguguran dua tahun lalu. “Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri. “Tidak ada sebab lain, melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama. Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan. “Lagi pula ini penantian saya dan suami selama 11 tahun. Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. InsyaAllah selepas ini saya boleh fokus semula,” katanya. Siti juga mengakui dia melakukan rawatan kesuburan di pusat perubatan di Petaling Jaya. “Diakui, ini percubaan saya yang ke beberapa kali. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan saya rezeki ini. “Ini cahaya mata yang saya impikan selama ini. Selama empat bulan saya berdiam diri dalam bilik,” katanya. Siti juga mahu semua pihak yang berurusan dengan pihak syarikatnya faham akan situasi yang dilalui kini. “Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan. “Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan. Diharap tidak ada lagi sebarang spekulasi timbul. “Apa pun, doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar,” katanya. Sumber Harian Metro