Dato’ Seri Siti Nurhaliza berkata, sebagai rakan artis, sudah pasti beliau dan semua mengharapkan Zamani diberi kesembuhan dan dapat kembali beraksi seperti dahulu.
Tokti ditemui pada sidang media ‘A Night To Remember’ Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, hari ini.
Zamani, 51, yang menderita skoliosis sejak 2015 itu dijangka menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya yang melengkung pada November ini.
Sementara itu, Siti Nurhaliza yang bakal mengadakan persembahan eksklusif di Persada Johor pada 18 dan 19 November ini berharap, penganjuran majlis itu berjalan lancar walaupun ada ura-ura akan berlangsung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Kita membuat perancangan atas apa yang dibincangkan dan jika ada pertukaran yang tidak dijangka seperti PRU dan banjir, itu di luar bidang kuasa kita.
“Tetapi, saya percaya, Persada juga sudah ada pelan B, cuma kita harap perkara-perkara itu tidak mengganggu atau terkena betul-betul pada tarikh persembahan itu nanti,”
– Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Beliau berkata, penganjur juga sudah mempunyai perancangan lain sekiranya berlaku bencana tidak diduga seperti banjir.