in , ,

Siti Nurhaliza Dedah Identiti Sebenar Wanita Cantik Pengasuh Siti Aafiyah

Cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dipilih sempena perkataan ‘Aafiyah’ di dalam Bahasa Arab bermaksud segala yang baik-baik.

Baru-baru ini pada 22 Jun 2019 telah berlangsung satu majlis perjumpaan hari raya antara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Sitizone. Majlis yang dihadiri ramai media dan peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan kerjasama The Pearl Kuala Lumpur.

Selain beramah mesra bersama peminat, dalam majlis itu juga penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut membuat persembahan sambil mendukung anaknya, Siti Aafiyah.

Siti Nurhaliza KASIHKU SELAMANYA

Pada majlis itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat ditemuramah oleh wartawan yang hadir.

“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian.

Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun.

Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.

“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,”

– Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza KASIHKU SELAMANYA

Inilah jururawat muda yang menjadi pengasuh Aafiyah.

Persoalan selama ini telah terjawab siapakan wanita muda yang dilihat sering mendukung dan menjaga Aafiyah. Rupanya wanita yang bernama Dayah ini adalah pengasuh yang merupakan jururawat bertauliah yang dipilih oleh Dato Siti sendiri.

Apa yang menjadi perhatian ramai selepas majlis berlangsung satu video yang dimuatnaik di saluran Youtube Budiey Channel.

Video yang dimuatnaik di Youtube dengan tajuk “Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi” mula mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan lebih setengah juta.

Jom tonton vdeo di bawah:

Dato K dan Dato Siti mengharapkan pendidikan agama dapat diberikan kepada Aafiyah seiring dengan pendidikan yang lainnya.

Agak menarik perhatian apabila Dato Siti sendiri tidak mahu puterinya menjadi penyanyi namun tidak menolak jika itu yang ditakdirkan.

Inilah jururawat muda yang menjadi pengasuh Aafiyah.Siti Aafiyah sentiasa bersama pengasuh

‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesvusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.

Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak solehah yang berbakti ada ibu dan ayah. Bantuan nurse teman Siti Aafiyah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sepang Sudah Sedia Untuk Ujian Masa eRacing Grand Prix SEA

Edisi Terhad Samsung Galaxy A80 Blackpink Ditawarkan Di Thailand