Alhamdulilah! Itulah ungkapan terindah yang semua peminat diva nombor satu negara mampu ungkapkan setiap kali melihat kebahagiaan yang dikecapi hubungan mereka berkekalan sehingga kini.
Menyambut ulangtahun pertama perkahwinan pasangan popular Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid dalam suasana penuh kesyukuran di satu majlis meriah di hotel One World di Damansara, Petaling Jaya (terletak bersebelahan dengan One Utama Shopping Centre). Sudah setahun berlalu terasa baru semalam kenangan lafaz akad nikah Datuk K dan persandingan mega di KLCC.
Hubungan suami isteri selebriti terkenal ini masih lagi kekal walaupun pelbagai spekulasi, khabar angin, gossip jahat lagi buruk dan skandal masam pahit kelat itu semua tidak sedikit pun menconteng arang di kanvas istana cinta yang dibina. Bertemakan retro, majlis diserikan dengan acara memotong kek dan sambutan ulangtahun ibu bapa Siti Nurhaliza yang menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke 39 pada hari yang sama. Selain persembahan daripada penyanyi Datuk Khalid cium pipi Siti Nurhaliza dan mereka berpelukan.
Antara selebriti yang hadiri ialah Ning Baizura bersama Chris tunang nya, Juliza Azlizan, Siti Saerah, Aubrey Suwito pengarah muzik Mystarz LG, pereka fesyen tersohor, Fasha Sandha, Hans Isac, dan ramai lagi. Dengan ciuman dan dakapan cinta yang terpatri, Datuk Siri Nurhaliza sempat menyanyikan lagu I Will Always Love You dari Whitney Houston. Cuma soalan saya, bila agaknya Datuk Siti Nurhaliza akan hamil dan menimang cahaya mata? Semoga cinta mereka berdua kekal abadi. Amin.
Tahniah kepada Datuk Siti dan Datuk Khalid untuk 1st Anniversary kalian.
kredit gambar: The Star