Tokti punya alasan tersendiri untuk tidak berkongsi mengenai dirinya yang sudah menerima suntikan vaksin sebelum ini.
Menurut Siti, sebab dia tidak berkongsikan dirinya telah divaksin adalah kerana untuk menjaga sensitiviti orang ramai berkenaan dengan hal tersebut.
Menerusi sesi live (siaran langsung) dalam Instagramnya, Siti memberitahu dia tidak membuat sebarang perkongsian dalam media sosial kerana mahu menjaga sensitiviti ramai pihak.
“Saya dah vaksin, saja je saya tak letak sebab kadang-kadang kalau kita letak orang cakap, tak letak pun orang cakap kan. Jadi biar sajalah kita tahu dan kita sendiri tahu.
“Mana yang tahu tu, tahu je lah. Kalau nak juga gambar nanti saya postlah (buat hantaran),”
– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Tambahnya lagi di dalam live Instagramnya itu, jika perlu untuk dirinya berkongsikan hal tersebut, dia akan memuatnaik di dalam media sosialnya itu kelak.
Menurut pelantun lagu Anta Permana itu, dia akan berkongsi mengenai perkara berkenan dalam media sosial jika dirasakan benar-benar perlu.
Pada hantaran sama, Siti turut merayu orang ramai agar mendapatkan suntikan vaksin untuk diri sendiri dan juga orang tersayang bagi mencegah penularan wabak Covid-19.
“Semua jaga diri dan kesihatan, jangan keluar kalau tak perlu ke mana-mana. Jangan lupa ambil vaksin tau,”
– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Dalam pada masa yang sama, penyanyi kesayangan negara itu turut merayu agar orang ramai untuk mengambil vaksin buat diri sendiri dan keluarga bagi mencegah penularan wabak ini berleluasa.
Dalam perkembangan lain, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu dia bakal memaklumkan tarikh persembahan maya seperti mana yang diminta peminat dalam sesi live berkenaan.