in

Siti Nurhaliza Bersyukur Datuk K Semakin Sihat & Selamat Sampai di Malaysia

[dropcap]P[/dropcap]ada petang tadi, semasa Budiey tengah sibuk bersiap untuk keluar ke Konsert My 2013 di Dataran Merdeka, Budiey menerima emel siaran media dari penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza melalui pengurus beliau, Kak Rozi Sangdewi. Tujuan kenyataan media itu adalah untuk memberikan penjelasan kepada pihak media dan orang ramai yang bertanyakan mengenai perkembangan Ybhg Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa berikutan kemalangan yang menimpa beliau pada 13 Disember, di Queenstown, New Zealand.

Isteri kepada Dato’ Seri Khalid (atau juga dikenali Dato’ K) iaitu Ybhg Datin Sri Dato’ Siti Nurhaliza dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa beliau dan suami telah pun selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Syukur alhamdulilah.

datuk siti nurhaliza dato k datuk k

[dropcap]S[/dropcap]ejak Dato’ K ditimpa kemalangan sewaktu menunggang motorsikal Harley Davidson dan mendapat rawatan di Invercargill, pihak media khususnya sentiasa menanti perkembangan terkini beliau daripada pihak keluarga mahupun Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.

Justeru, menerusi kenyataan hari ini, Dato’ Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur kehadrat Illahi kerana kondisi suaminya kala ini kembali pulih dan sedang mendapat rawatan fisioterapi di atas kecederaan tangan yg dialami beliau.

Menurut Dato Siti, memandangkan suaminya masih lagi mendapatkan rawatan akibat kemalangan tersebut, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian untuk sentiasa berada di sisi suaminya. Oleh yang demikian, pihak Dato’ Siti Nurhaliza dan keluarga sangat berharap agar mereka diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi ini sehingga Dato’ K pulih.

Dato’ Siti juga memohon kemaafan kerana pihak beliau tidak dapat memenuhi permintaan media dan pihak-pihak lain yang mahu mendapatkan kenyataan secara langsung daripada beliau ataupun menemui Dato’ Khalid sendiri tetapi berharap agar kenyataannya hari ini akan diterima ramai.

Siti mahu beri tumpuan kepada Datuk K untuk menjaga beliau dan meminta maaf kepada peminat dan media.Ramai betul yang prihatin mengenai perkembangan terkini Datuk Khalid.

Siti memohon kepada semua agar memberi ruang kepada dirinya, Datuk K dan keluarga berdepan situasi sekarang.

[pullquote align=”right”]Nampaknya, Siti masih belum bersedia untuk ditemubual kerana masa tidak begitu mengizinkan. Jadi, kita bagi masa untuk Siti bersama dengan keluarga.[/pullquote]

Dato’ K yang masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dinasihatkan oleh pihak doktor untuk berehat dan juga menghadkan kehadiran tetamu yang melawat hanya di kalangan keluarga terdekat sahaja.

Menerusi laman Twitter anak ketiganya, Mohd Asyraf, bertarikh 15 Disember, dia memberitahu bapanya mungkin memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih. Marilah sama-sama kita doakan semoga Datuk K pulih dan diberi kesihatan seperti sediakala.

Dato’ Siti Nurhaliza dan seluruh keluarga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan keprihatinan semua pihak untuk Dato’ K segera pulih. Adalah diharapkan agar kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan Dato’ K sekeluarga buat masa ini.

Siti Nurhaliza Batal Konsert Suami Kemalangan di New Zealand Datuk K Patah Tangan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Countdown 2013 Di TV1

Gambar Pemenang Pengubahsuaian Porch Peraduan MML Makeover