Baru-baru ini, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi menjadi bualan netizen apabila penyanyi itu dipercayai memiliki kediaman pertama di Dubai.
Berita gembira itu dikongsikan oleh anaknya, Asyraf Khalid yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan ibu tirinya itu serta menjadikan ianya inspirasi buat dirinya dan isteri, Tya Arififn untuk bekerja keras.
“Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti. Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, saya pun boleh ikut jejak langkah Mak iti. Saya doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Mak Iti memang layak untuk semua kerja keras selama ini.
“Harapnya selepas ini ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” katanya berseloroh.
Sementara itu, menerusi video di Insta Story, Siti ada memuat naik video memaparkan bersama dua orang anaknya sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang cukup menakjubkan.