in ,

Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Korea

Dato’ Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Kilang SimplySiti di Korea

Selepas melancarkan Kempen SimplySiti Di Hati semalam (21 Nov 2011), penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza akan terbang pula ke Korea bersama tujuh orang media yang ditugaskan untuk membuat liputan dan melihat sendiri kilang SimplySiti. Trip ini bermula pada hari ini iaitu dari 22 hingga 25 November 2011. Turut menemani kami ialah pengurus Siti Nurhaliza, Kak Rozi bersama dengan seorang pegawai perhubungan media SimplySiti.

VIDEO:

0

Budiey.com pastinya merasa sangat bertuah kerana dipilih dan diberi kepercayaan oleh Dato’ Siti Nurhaliza untuk menjadi wakil blogger ke Korea. Terima kasih kepada SimplySiti yang sudi menjemput budiey.com.

Rombongan media bersama Siti Nurhaliza ke Korea ini juga mendapat kerjasama yang padu dari syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X. Ini adalah usaha SimplySiti untuk memberi pendedahan kepada media bagi menyelami dan merasa pengalaman melihat sendiri proses pembuatan produk terbaru yang akan dilancarkan oleh SimplySiti. Selain itu juga, trip pada hari ini juga akan membawa media melawat lokasi-lokasi menarik yang menjadi kegemaran Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain budiey.com, antara media yang ditugaskan, Farihad (Berita Harian), Nurul Izza (Melodi), Zaimie Anizah (Galaksi TV9), Raja Nurain Hidayah (Metro), Sharmila Nair (The Star) dan juga pengurus Siti Nurhaliza, Sang Dewi. Huhu. 🙂

Advertorial SimplySiti Siti Nurhaliza

Budiey difahamkan pada masa yang sama, kebetulan pada hari yang sama pihak Jakim juga akan berada di kilang tersebut untuk proses pengesahan halal.

Selain kilang SimplySiti di Samsung City, lokasi menarik lain yang bakal dilawati ialah Kyeongbok Palace, Insadong, National Folk Museum, President Blue House, Seoul International Mosque, Amesthyst Factory, Seaweed Museum, Itaewon Street, Dongdaemon & Cheonggye Stream. Jika tiada aral melintang, kami juga akan berpeluang untuk menonton persembahan kebudayaan – Miso Show.

Kami mungkin akan disambut oleh Imam Besar di Masjid Antarabangsa Itaewon. Paling senang tinggal di Itaewon kerana di sini agak banyak restoran halal.

2

Ini menjadikan trip kedua budiey.com ke Korea di mana pada bulan ini juga budiey.com dijemput oleh Awal Ashaari bersama Scha Alyahya & AirAsia X untuk melihat sekitar pengambaran program Traveloque AirAsia X di Korea. Perasaan teruja adalah sama dirasakan cuma kali ini, Budiey akan bersama dengan penyanyi yang disegani, siapa yang tak nak jalan-jalan makan angin dengan Dato’ Siti Nurhaliza. Semua orang mahu, kan?

Semasa sidang media Kempen SimplySiti Di Hati pada petang semalam, Siti turut mengatakan SimplySiti juga akan merancang untuk membawa peminat dan pengguna SimplySiti melawat kilang SimplySiti yang terletak di Samsung City.

Budiey akan mengemaskini blog ini secara harian secara terus menerus dari Korea, begitu juga dengan update Facebook dan Twitter. Hashtag twitter untuk trip ini ialah #TripKoreaSimplySiti. Kepada peminat Siti Nurhaliza dan pengguna SimplySiti, bolehlah follow budiey di akaun @budiey dan follow hashtag #TripKoreaSimplySiti untuk mengikuti perkembangan trip ini. Sekian Terima Kasih.

Advertorial SimplySiti Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VOKAL Bukan Sekadar Rupa Minggu Ke 6

Plan Postpaid U Mobile Terbaru Memang Gempak